• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dilarang Berlumba 4 Tahun, Iannone Dakwa Positif Steroid daripada Daging Cemar

Dilarang Berlumba 4 Tahun, Iannone Dakwa Positif Steroid daripada Daging Cemar

November 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Itali,  Andrea Iannone dilarang menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP dan mana-mana acara perlumbaan di bawah Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) selama empat tahun.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menolak rayuan pelumba Aprilia Racing Team Gresini itu akibat menyalahgunakan dadah jenis steroid Drostanolone dalam sukan permotoran.

Andrea Iannone (4)
Andrea Iannone (1)

Terdahulu, FIM hanya mengenakan hukuman penggantungan 18 bulan selepas didapati positif menggunakan dadah berkenaan pada GP Malaysia tahun lalu.

Iannone, 30, kemudian membuat rayuan kepada CAS, manakala Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pula meminta hukuman lebih berat, iaitu larangan berlumba hingga empat tahun. Keputusannya, CAS menolak rayuan Iannone dan meluluskan permohonan WADA.

Hukuman larangan empat tahun itu bermula 17 Disember 2019, sekali gus menamatkan kontraknya bersama Aprilia yang berakhir musim ini. Dia juga akur dengan keputusan diberikan dan mendakwa bahan terlarang itu diambil secara tidak sengaja melalui daging tercemar.

Bagaimanapun menurut CAS, Iannone tidak menjelaskan jenis dan asal-usul daging dimakannya. FIM menimbangkan keputusan CAS untuk menjatuhkan hukuman empat tahun kelayakan Iannone.

Iannone, yang terkenal dengan julukan 'The Maniac', menandatangani kontrak bersama Aprilia pada 2018, tetapi bergelut untuk menandingi rakan pasukan Aleix Espargaro dalam hampir setiap pusingan sepanjang musim lalu.

Aprilia secara terbuka menyokong Iannone sepanjang prosiding dan berulang kali menyatakan hasrat mengekalkan pelumba itu sebagai rakan pasukan Espargaro musim depan. Dalam MotoGP 2020, pelananya diisi pelumba Britain, Bradley Smith.

BACA >>> Inilah Calon 6 Pelumba yang Mampu Jadi Juara MotoGP 2020
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

Artikel Berkaitan

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Andrea Iannone, Aprilia, Aprilia Racing Team Gresini, Drostanolone, hukuman penjara kesalahan memandu, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Streetfighter Ducati Diavel V4 (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM178k!
    Streetfighter Ducati Diavel V4 (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM178k!
  • Ducati Panigale V4 SP2 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM299k!
    Ducati Panigale V4 SP2 (2023) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM299k!
  • JPJ Kedah Sita 40 Kenderaan Warga Asing Tiada Lesen, Cukai Jalan dan Insurans
    JPJ Kedah Sita 40 Kenderaan Warga Asing Tiada Lesen, Cukai Jalan dan Insurans
  • Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!
    Honda Civic Type R (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM399,900!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my