Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Debut di Indonesia, Ketahui 4 Fakta Penting Tentang Honda CBR250RR
Roda2

Debut di Indonesia, Ketahui 4 Fakta Penting Tentang Honda CBR250RR

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda-cbr250rr
BERUNTUNGLAH jika Malaysia ada pasaran sebesar Indonesia yang kerap dipilih sebagai destinasi pelancaran perdana pelbagai jenama pengeluar motosikal baharu. Terkini, PT Astra Honda Motor (AHM) selaku pengedar rasmi jenama Honda Indonesia melancarkan debut antarabangsa Honda CBR250RR. Menurut AHM, Honda CBR250RR ialah model pertama diperkenalkan kepada dunia yang menetapkan standard premium bagi segmen motosikal  Indonesia.

Pembangunan  Honda CBR250RR dikembangkan berasaskan falsafah Honda dalam merekabentuk jentera supersport  yang berpaksikan motosikal perlumbaan tertinggi. Indonesia menerima dua varian Honda CBR250RR iaitu  STD (standard) dan ABS. Pilihan warna disediakan ialah Racing Red (merah), Anchor Grey Metallic (kelabu) dan Mate Gunpowder Black Metallic (hitam).

Model tersebut bakal berada di pasaran Indonesia penghujung tahun ini. Lebih menarik, AHM turut menawarkan 10 item tulen Honda CBR250RR seperti pad tangki, pelindung radiator, penutup (cowl) kerusi tunggal, fender penyisih (eliminator fender), sirip aero, pelindung tangan, fender karbon depan, hugger karbon, penutup atas tangki karbon dan pelindung mafler karbon.

Apa 4 fakta utama yang perlu anda tahu tentang Honda CBR250RR:

1. UNIT KUASA

Honda CBR250RR dilengkapi enjin generasi baru kompak; 250cc, penyejukan cecair, 4-injap, DOHC dan 2-silinder. Pembangunan dibuat hasil kolaborasi antara pasukan jurutera Jepun dan Indonesia sebelum dikeluarkan di kilang AHM Karawang. Karakter enjin sentiasa di paras optimum pada keseluruhan putaran enjin dengan raungan ekzos  memberikan sensasi ketika menikmati pecutan.

Banyak teknologi digunakan bagi menghasilkan enjin kompak seperti meletakkan gear pemacu primer dalam  rantai aci (cam chain), pam minyak di sisi kanan bersepadu dengan enjin, saluran pernafasan enjin di belakang silinder, dan pam air di kepala silinder seperti diterapkan pada Honda RC213V. Lebar enjin 2-silinder hampir sama dengan enjin 1-silinder. Bahagian penting lain ialah ambilan udara alir turun (downdraft air intake).  Pembersih udara dipindahkan dari posisi biasa di belakang silinder ke atas silinder.

2. REKABENTUK

Tema rekabentuk CBR250RR ialah bentuk kelajuan yang disebut ‘Speed Shape’. Garis runcing dilihat bermula  sisi bawah, hadapan hingga belakang yang menyerlahkan siluet posisi tunggangan agresif. Desain hadapan besar memberikan penampilan garang.

Konfigurasi bahagian baharu diaplikasikan bagi mewujudkan konsep asli kowl berlapis Honda bagi mengoptimumkan aliran udara, sekali gus membantu proses penyejukan enjin. Sementara itu, keseimbangan kawalan jentera dipertingkat menerusi saiz pelana penunggang yang sengaja dikecilkan.

3. CASIS

Rekabentuk frem terkini memberikan kemampuan pengendalian optimum dan prestasi tunggangan luar biasa, manakala struktur paip keluli menjamin kekuatan dan kelenturan. Frem Honda CBR250RR  turut menyokong output dihasilkan dengan menghasilkan kestabilan sempurna berserta pengendalian optimum.

Lengan ayun jenis gull-arm (lengan-camar) dibuat daripada alumunium melalui proses tuangan terap gravity (gravity die casting – GDC) bagi mengurangkan berat tidak berpegas (unsprung) dan memaksimumkan rekabentuk ekzos supaya lebih dekat dengan pusat graviti.

Lengan ayun dihubungkan dengan frem utama  menggunakan suspensi Pro-Link. Suspensi fork terbalik Showa 37mm dipilih untuk menampung beban dan memberikan cengkaman sempurna. Honda juga menampilkan desain eksklusif lampu  LED dan rim 7-jejari.

4. ELEKTRIKAL DAN SISTEM KAWALAN

Sistem terotel-dawai (throttle-by-wire – TBW) digunakan bagi mendapatkan pecutan halus dan stabil, di mana  Honda CBR250RR ialah model pertama dalam kelasnya yang mengaplikasikan sistem TBW.

Butang sensor posisi pemecut (accelerator position sensor – APS) yang diletakkan di kiri hendal berfungsi automatik mengesan putaran pendikit sebelum menghantar signal elektrik kepada unit kawalan elektronik (ECU).  Sistem sama juga diaplikasikan pada Honda RC213V. Mod tunggangan juga disediakan sebagai opsyen menikmati fiil tunggangan dalam pelbagai kondisi jalan.

GALERI

Racing Red
Mate Gunpowder Black Metallic
Anchor Grey Metallic
Honda Honda CBR250RR Honda CBR250RR 2017 motosikal roda2 supersport bike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Lampu isyarat biru di jalan raya
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

    25/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.