Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#GIMS2017: Debaran Debut Volkswagen Arteon di Geneva, Pengganti Passat CC
Auto Terkini

#GIMS2017: Debaran Debut Volkswagen Arteon di Geneva, Pengganti Passat CC

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA Volkswagen (VW) memperkenalkan Passat CC, sambutan diterima memang menggalakkan dengan kelibat model coupe empat pintu itu nampak gah dan anggun menjalar di atas jalan raya tempatan. Model itu kemudian diberi kemasan baharu (facelift) dan diperkenalkan dengan nama tunggal iaitu CC tanpa perkataan Passat. Menarik tentang CC, walaupun berbentuk coupe, tetapi ruang kelegaan kepala penumpang agak selesa. Boleh dikatakan VW agak pintar dalam mengeksploitasi ruang dalaman model itu.

Kini, selepas sekian lama berada dalam pasaran, model pengganti kepada VW CC – dinamakan VW Arteon – melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017.

GAYA AVANT-GARDE

VW Arteon direka sebagai sedan coupe 5-pintu dengan gaya avant-garde dan pada masa sama menawarkan ruang dalaman yang luas. Ruang kelegaan kepala dan kaki bagi semua tempat duduk memang selesa. Dibina berasaskan platform MQB, VW membariskan enam varian enjin bagi model ini, iaitu:

  • 1.5L TSI petrol (148hp)
  • 2.0L TSI petrol (187hp)
  • 2.0L TSI petrol (276hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION- standard
  • 2.0L TDI diesel (148hp)
  • 2.0L TDI diesel (187hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION – opsyen
  • 2.0L TDI diesel (237hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION – standard

Transmisi digunakan ialah automatik 7-kelajuan DSG. Antara ciri rekabentuk utama Arteon ialah penggayaan baharu dengan lampu depan LED dan lampu siang (DRL) disatukan pada gril radiator dan bonet enjin. Garis bahu Arteon juga dikatakan mampu membawa penampilan agresif, termasuk diserikan kehadiran rim ‘turbin’ 20-inci.

Fitur lain yang ada pada Arteon ialah sistem bantuan pemanduan dengan teknologi terkini yang sama seperti model-model kereta mewah. Malah, kombinasi pakej ditawarkan Arteon membolehkan ia diletakkan sebagai model kereta paling menarik dalam segmennya.

Terdapat tiga tema berbeza, iaitu hitam, kelabu gelap dan kombinasi kelabu gelap dan cerah. Upholsteri fabrik, Alcantara dan kulit adalah mengkut spesifikasi, termasuk opsyen kemasan kulit Nappa. Trim kayu Fine Birch ditawarkan untuk model premium, manakala versi R-Line akan diserikan dengan aksen aluminium dengan kedua-dua-dua varian menampilkan panel papan pemuka berwarna hitam piano.

GALERI

SUMBER: Car Throttle | AutoExpress

Auto Terkini Geneva International Motor Show 2017 GIMS2017 Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 Roda4 Volkswagen Volkswagen Arteon vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.