• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #GIMS2017: Debaran Debut Volkswagen Arteon di Geneva, Pengganti Passat CC

#GIMS2017: Debaran Debut Volkswagen Arteon di Geneva, Pengganti Passat CC

March 7, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KETIKA Volkswagen (VW) memperkenalkan Passat CC, sambutan diterima memang menggalakkan dengan kelibat model coupe empat pintu itu nampak gah dan anggun menjalar di atas jalan raya tempatan. Model itu kemudian diberi kemasan baharu (facelift) dan diperkenalkan dengan nama tunggal iaitu CC tanpa perkataan Passat. Menarik tentang CC, walaupun berbentuk coupe, tetapi ruang kelegaan kepala penumpang agak selesa. Boleh dikatakan VW agak pintar dalam mengeksploitasi ruang dalaman model itu.

Kini, selepas sekian lama berada dalam pasaran, model pengganti kepada VW CC - dinamakan VW Arteon - melakukan debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017.

GAYA AVANT-GARDE

volkswagen-arteon-2017-7
volkswagen-arteon-2017-11
volkswagen-arteon-2017-10

VW Arteon direka sebagai sedan coupe 5-pintu dengan gaya avant-garde dan pada masa sama menawarkan ruang dalaman yang luas. Ruang kelegaan kepala dan kaki bagi semua tempat duduk memang selesa. Dibina berasaskan platform MQB, VW membariskan enam varian enjin bagi model ini, iaitu:

  • 1.5L TSI petrol (148hp)
  • 2.0L TSI petrol (187hp)
  • 2.0L TSI petrol (276hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION- standard
  • 2.0L TDI diesel (148hp)
  • 2.0L TDI diesel (187hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION - opsyen
  • 2.0L TDI diesel (237hp) dengan ciri pacuan semua roda (AWD) 4MOTION - standard

Transmisi digunakan ialah automatik 7-kelajuan DSG. Antara ciri rekabentuk utama Arteon ialah penggayaan baharu dengan lampu depan LED dan lampu siang (DRL) disatukan pada gril radiator dan bonet enjin. Garis bahu Arteon juga dikatakan mampu membawa penampilan agresif, termasuk diserikan kehadiran rim 'turbin' 20-inci.

Fitur lain yang ada pada Arteon ialah sistem bantuan pemanduan dengan teknologi terkini yang sama seperti model-model kereta mewah. Malah, kombinasi pakej ditawarkan Arteon membolehkan ia diletakkan sebagai model kereta paling menarik dalam segmennya.

Terdapat tiga tema berbeza, iaitu hitam, kelabu gelap dan kombinasi kelabu gelap dan cerah. Upholsteri fabrik, Alcantara dan kulit adalah mengkut spesifikasi, termasuk opsyen kemasan kulit Nappa. Trim kayu Fine Birch ditawarkan untuk model premium, manakala versi R-Line akan diserikan dengan aksen aluminium dengan kedua-dua-dua varian menampilkan panel papan pemuka berwarna hitam piano.

GALERI

volkswagen-arteon-2017-1
volkswagen-arteon-2017-2
volkswagen-arteon-2017-3
volkswagen-arteon-2017-4
volkswagen-arteon-2017-5
volkswagen-arteon-2017-6
volkswagen-arteon-2017-7
volkswagen-arteon-2017-8
volkswagen-arteon-2017-9
volkswagen-arteon-2017-10
volkswagen-arteon-2017-11
volkswagen-arteon-2017-12
volkswagen-arteon-2017-13
volkswagen-arteon-2017-14
volkswagen-arteon-2017-15g
volkswagen-arteon-2017-16
volkswagen-arteon-2017-17
volkswagen-arteon-2017-18
volkswagen-arteon-2017-19
volkswagen-arteon-2017-20
volkswagen-arteon-2017-live-1
volkswagen-arteon-2017-live-2
volkswagen-arteon-2017-live-3
volkswagen-arteon-2017-live-4
volkswagen-arteon-2017-live-5
volkswagen-arteon-2017-live-6
volkswagen-arteon-2017-live-7
volkswagen-arteon-2017-live-8
volkswagen-arteon-2017-live-9
volkswagen-arteon-2017-live-10

SUMBER: Car Throttle | AutoExpress

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4, Volkswagen Tagged With: auto terkini, Geneva International Motor Show 2017, GIMS2017, Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Arteon, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my