Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Datuk Teksi: “Saya Mohon Maaf Kerana Label Anda Miskin”
Auto Terkini

Datuk Teksi: “Saya Mohon Maaf Kerana Label Anda Miskin”

AryonBy Aryon29/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia atas kenyataan yang mencetuskan kemarahan rakyat negara itu, terutama penunggang ojek kerana menggelarkan pekerjaan tersebut sebagai kerja orang miskin.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, semalam dipetik Bernama, Shamsubahrin mendakwa dihubungi banyak pihak menenai kenyataan pedasnya itu.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Ambo Tak Setuju dengan Ojek…

“Hari ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana melabel anda miskin. Tetapi dalam masa sama saya juga memperingatkan negara kita, Kerajaan kita, sekiranya anda ingin membawa masuk Gojek ke Malaysia, dipersilakan, saya tiada masalah cuma keselamatan penumpang kena jaga baik-baik,” katanya.

Menurutnya lagi, kenyataan tersebut dibuat hanya berdasarkan laporan media Indonesia mengenai taraf ekonomi penduduk Indonesia dan dia tiada niat mahu memburuk-burukkan atau menjatuhkan mereka.

Dalam satu video tular di media sosial, Shamsubahrin dirakamkan mengeluarkan kenyataan yang dianggap pemandu ojek Indonesia sebagai penghinaan kepada mereka. Kelmarin beberapa laporan media tempatan Indonesia memetik kenyataan Ketua Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono yang menegaskan akan mengemukakan surat bantahan kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Menurut Igun, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat, satu demonstrasi akan dibuat, termasuk mengepung Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 3 September ini.

BACA >>> Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju 'Gojek', Mat Motor Berbelah Bahagi

“Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta,” menurut petikan video tersebut.

KOMEN KAMI

Padannnnnn!

aplikasi mobil Auto Terkini Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail GO-JEK GoJek Igun Wicaksono Motosikal e-Hailing Ojek
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.