Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Daihatsu Indonesia Bangunkan Axia Elektrik
Auto Terkini

Daihatsu Indonesia Bangunkan Axia Elektrik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA ketika pengeluar automobil lain membawa dan mampamerkan kenderaan elektrik (EV) di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022, Daihatsu pula mencari kelainan.

Pengeluar automotif dari Jepun itu menampilkan model Ayla (Malaysia: Perodua Axia) versi EVyang asalnya dijana enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi diubah suai kepada EV penuh.

Proses konversi kereta bandar mampu milik itu sebenarnya masih di peringkat konsep dan Daihatsu masih melakukan kajian. Pengarah Pemasaran, Perancangan Korporat dan Komunikasi Astra Daihatsu Motor (ADM), Sri Agung Handayani berkata, pihaknya masih menjalankan projek pembangunan Ayla EV sejak akhir 2020.

Kami melakukan perincian pembangunan dan konversi pada 2021. Bagi aspek rekabentuk pula, kami bermula pada 2022.”

Beliau menjelaskan, Ayla EV cuma model konsep dan penyelidikan masih diteruskan hingga kini.

BACA >>> Daihatsu Ayla 1.0 D Manual, Kereta Paling Murah di Indonesia, Ansuran Bulanan RM770!

Daihatsu akan melengkapkan proses kajian terlebih dahulu untuk memenuhi tiga perkara utama kenderaan iaitu kualiti, peralihan kepada pelanggan dan keselamatan.

Beliau berkata;

Sebaik semua kajian selesai dan kami yakin (kereta ini) boleh digunakan pelanggan, kami akan membuat pengumuman secepat mungkin.

“Kami kini menumpukan kepada melengkapkan proses kajian. Jadi amat penting untuk tidak melancarkan kereta itu secara terburu-buru, tetapi harus melengkapkan perkara utama yang jauh lebih penting berbanding aktiviti pengeluaran.”

BACA >>> Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki

KENAPA AYLA?

Sri Agung mendakwa Ayla EV adalah hasil ciptaan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Daihatsu Indonesia. Beliau menjelaskan;

Kami menggunakan model yang sudah lama tersedia ada di pasaran. Ini penting untuk kami mengetahu, dan melakukan kajian sendiri.

“Pasukan R&D kami sudah mengkaji produk itu dengan mendalam dan mengambil tempoh agak panjang. Jadi, kami beri fokus kepada kenderaan yang sudah kami tahu.”

Ini ada kaitan dengan pemahaman aspek teknologi, infrastruktur dan proses pengeluaran sekali gus membantu pasukan penyelidikan mendalami kerja-kerja konversi EV.

Ayla mula dihasilkan Daihatsu pada 2013 dan jumlah pengeluarannya sudah mencecah 253,000 unit.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

PERINCIAN AYLA EV

  • Gaya luaran masih menyerlahkan rekabentuk Ayla standard.
  • Warna badan dwi-tona dengan bumbung hitam, dan badan perak kusam.
  • Ada aksen kuning dengan strip di beberapa bahagian badan.
  • Perubahan ketara ialah gril depan yang ditutup sepenuhnya.
  • Bentuk lampu utama tidak berubah cuma digelapkan.
  • Cermin sisi digantikan kamera, dan ada dua skrin kecil atas papan pemuka.
  • Lampu belakang menerima pembaharuan dan nampak lebih tirus.
  • Bampar belakang turut diubah.
  • Ruang kabin terhidang satu skrin infotainmen skrin sentuh, dan tombol gear rotari R, N dan D.
  • Masih menggunakan brek tangan.

SUMBER: Kompas | Kompas I |Kompas II

Astra Daihatsu Motor (ADM) Daihatsu Alya EV Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022 Perodua Perodua Axia EV Roda4 Sri Agung Handayani
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.