Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Curi Bas Tentera untuk Jemput ‘Diplomat Misteri’ di Lapangan Terbang
Auto Terkini

Curi Bas Tentera untuk Jemput ‘Diplomat Misteri’ di Lapangan Terbang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG lelaki, dipercayai menghidap penyakit mental akibat dadah ditahan polis malam Jumaat lalu kerana mencuri bas milik Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF).

Menurut laporan, suspek Sarawut Thepsila, 35, mencuri kenderaan tersebut di kawasan pekarangan RTARF, timur Bangkok dan memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi untuk menjemput sekumpulan diplomat.

BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?

Bagaimanapun apabil ditanya, suspek mengakui tidak tahu kumpulan diplomat itu datang dari negara mana, termasuk gagal memberi perincian penerbangan tersebut.

Semakan polis mendapati suspek pernah ditahan enam kali berhubung kes dadah.

Sarawut ditahan pengawal keselamatan lapangan terbang kerana cuba memarkir bas di satu kawasan larangan, iaitu di depan Pintu 10 terminal penumpang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

PERINCIAN KES

  • Seorang pegawai Jabatan Perkhidmatan Sokongan RTARF membuat laporan di Balai Polis Rom Klao berhubung kehilangan bas jenis HINO berwarna hijau.
  • Basi itu dilaporkan hilang di kawasan parkir dekat kediaman tentera di Soi Rom Klao 40 di Lat Krabang Bangkok.
  • Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memandu sebuah bas keluar dari lot parkir pada tengah hari Jumaat lalu.
  • Pada jam 11 malam hari sama, seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi menghubungi polis di Rom Klao mengenai penemuan bas tersebut.
  • Sarawut dilaporkan bertengkar dengan pengawal keselamatan di lapangan terbang itu kerana dihalang memarkir bas di depan Pintu 10 terminal penumpang (kawasan larangan).
  • Suspek mendakwa dia mahu menjemput beberapa diplomat di situ.
  • Polis tiba dan menahan serta menyoal siasat suspek. Suspek mengaku bukan pegawai Kerajaan atau pemandu RTARF.
  • Sarawut memberitahu dia ternampak pintu bas terbuka dan kunci berada di belakang kerusi pemandu.
  • Dia kemudian memandu bas berkenaan ke Lapangan Terbang Don Mueang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.
  • Polis belum mendedahkan sama ada suspek berada bawah pengaruh dadah ketika mencuri kenderaan tersebut.
  • Sarawut dituduh bawah Seksyen 335 (10) Undang-Undang Jenayah berhubung kecurian dan boleh dikenakan hukuman penjara satu hingga lima tahun, termasuk denda 20,000–100,000 baht (RM2,600-RM13,010).

BACA >>> 10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?
BACA >>> Netizen Thailand Berang Bas Awam Uzur Sampai Tumbuh Cendawan Atas Kerusi
BACA >>> Thailand Guna Lintasan Pejalan Kaki Latar Merah

SUMBER: TheThaiger | NationThailand

Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF) Auto Terkini Autoglobal curi bas tentera HINO Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Sarawut Thepsila Seksyen 335 (10) Undang-Undang Jenayah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.