Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Cruiser Retro Moden, CFMoto 450CL-C (2023) Lancar di China
Roda2

Cruiser Retro Moden, CFMoto 450CL-C (2023) Lancar di China

AryonBy Aryon04/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS melakukan debut global untuk naked bike aras mula 450NK, CFMoto turut melancarkan 450CL-C (2023) sebagai model cruiser untuk pasaran China.

Cruiser gaya retro itu menampilkan keseimbangan rekabentuk dan keselesaan, iaitu asas sama dalam pembinaan 450NK.

CFMoto 450CL-C (2023) ditafsirkan sebagai ‘karya agung dalam rekabentuk aliran yang menawan pada setiap pandang’. Dari segi perspektif gaya, cruiser ini jelas segak dengan padanan aura retro dan gaya moden.

Ini dapat dilihat pada bentuk tangki minyak bujur, dan lampu utama LED bulat gaya retro yang disepadukan dengan ciri fork terbalik (USD) 37mm, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, dual-ekzos dan frem trellis separuh terdedah.

Aspek trenkuasa juga boleh tahan. CFMoto 450CL-C (2023) dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 449cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan sudut aci-engkol 270º, serta memberikan output kuasa 40hp @ 8,000rpm dan tork 42Nm @ 6,250rpm.

Konfigurasi tersebut memberikan deruman enjin mirip model dengan enjin V-Twin 90º, sekali gus ideal dengan segmen cruiser.

Sistem transmisi pula jenis multiplat basas manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Slipper Clutch dan pacuan tali sawat Gates.

Berat kerb 181kg, tinggi pelana 690mm. Panel meter TFT bulat 3.6 inci dengan konektiviti Bluetooth untuk akses aplikasi CFMoto Ride untuk maklumat tunggangan.

Kapasiti tangki petrol 12 liter. Ada uda warna pilihan ditawarkan: Nebula Black (hitam) dan Ruby Red (merah).

Selain fork USD di depan, CFMoTo 450CL-C (2023) dipasangkan monoshock boleh latas di belakang. Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper radial 4-piston J Juan di depan dan brek cakera tunggal 220mm J Juan di belakang. Ciri keselamatan lain diberikan ialah Sistem Kawalan Traksi (TCS) sebagai standard.

BACA >>> Pesaing KTM 390 Duke, CFMoto 450NK (2023) Lancar dengan Gaya Agresif
BACA >>> CFMoto 800NK Advanced (2023) Kini di Malaysia, Harga RM38.8k

cfmoto CFMoto 450CL-C (2023) cruiser roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.