Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: ‘Panadol’ UK Habis Stok!
Auto Terkini

Covid-19: ‘Panadol’ UK Habis Stok!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WARGA Britain mengalami kesukaran mendapatkan bekalan ubat parasetamol (popular dengan nama ‘Panadol’ di Malaysia) daripada pasar raya dan farmasi berikutan larangan eksport diumumkan India.

India ialah pembekal utama ubat-ubatan am ke Britain, dan baru-baru ini mengumumkan larangan eksport parasetamol dan beberapa ubat lain ke negara asing kerana bimbang berlaku kekurangan bekalan di negara sendiri. Malah, Britain juga sukar mendapat bekalan ubat tahan sakit dari China kerana gergasi ekonomi Asia itu juga terjejas teruk akibat Covid-19.

India menghasilkan parasetamol dengan menggunakan hampir 70 peratus bahan asas dari China. Sejak Covid-19 menular, bahan-bahan asas sukar diperoleh hingga menjejaskan bekalan ubat tersebut.

Beberapa firma perubatan Britain mendakwa berlaku kekurangan bekalan bahan asas untuk menghasilkan ubat tahan sakit popular itu. Ini kerana kebanyakannya bergantung kepada bahan asas yang diimport dari Asia.

BACA >>> Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?

Pengeluar ubat tahan sakit untuk farmasi dan pasar raya di Britain, Aspar Pharmaceuticals meminta bayaran kos tambahan kira-kira 20 peratus daripada klien untuk kos ubat aspirin dan parasetamol. Aspar memberitahu MailOnline, pihaknya sukar memenuhi tempahan kerana ada peningkatan kos bahan mentah untuk parasetamol, manakala bekalan pula semakin berkurangan.

Pengarah Eksekutif Healthcare Distribution Alliance, Martin Sawer pula berkata, ada ‘banyak bekalan parasetamol’ dalam rantaian bekalan, tetapi mengaku berlaku peningkatan permintaan dalam pasaran.

BACA >>> Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu

Setiausaha Jawatankuasa Farmaseutikal Timur Laut London (NEL LPC), Hemant Patel mendedahkan, pihak farmasi susah mendapatkan bekalan pek kecil parasetamol.

Perniagaan saya sudah jual 200 paket parasetamol sehari dan kurang bekalan kerana ubat itu tidak memerlukan preskripsi (daripada doktor).”

– OLIVIER PICARD, penjual

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Penjagaan Sosail dan Kesihatan (DOHSC) menafikan berlaku kekurangan bekalan parasetamol di Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS).

UK memang sudah bersiap sedia untuk berdepan apa jua impak penularan Covid-19 dan kami ada bekalan stok ubat kegunaan biasa seperti parasetamol.

“Jabatan kami berhubung rapat dengan pengeluar, pembekal, NHS dan pihak lain untuk memastikan pesakit mendapat akses ubat diperlukan. Larangan eksport di negara lain cuma ada impak kecil di Britain.”

SUMBER: MailOnline|TheSun|Metro

Auto Terkini Britain Covid-19 Hemant Patel Martin Sawer Panadol Panic Buying Paracetamol Parasetamol Parasetamol UK Habis Pembelian Panik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.