Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Jalan Raya Sesak di Lokasi Sekatan, Masih Ramai Ingkar
Auto Terkini

Covid-19: Jalan Raya Sesak di Lokasi Sekatan, Masih Ramai Ingkar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA laluan sekitar ibu kota hari ini sesak teruk ketika melepasi sekatan jalan raya dilakukan polis yang jelas menunjukkan masih ramai tidak patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke ibu kota, kesesakan jalan raya berlaku hampir 1km di satu sekatan jalan raya sejak jam 9 pagi. Di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) berdekatan Sunway Pyramid menghala ke Bangsar pun turut sesak teruk sejak jam 10 pagi apabila kenderaan melepasi satu sekatan jalan raya di situ.

Kesesakan yang berlaku disebabkan individu degil untuk tinggal di rumah. Tinjauan dilakukan mendapati masih ramai pemandu gagal memberi alasan munasabah.

Seorang pengguna dari Kajang, Mohamad Isa, 54, berkata, dia terperangkap dalam kesesakan lebih tiga jam pagi ini selepas melepasi tol Sungai Besi menghala ke sekatan polis dekat stesen Petronas. Dia yang bertugas dalam bidang penyiaran meminta polis lebih memahami keadaan semasa, terutama sebelah pagi dengan membuka lebih satu laluan di sekatan polis selepas plaza tol Sungai Besi.

“Kita memahami tugas anggota keselamatan, tetapi alangkah baik jika kesesakan melebihi keadaan biasa, laluan di sekatan ditambah memandangkan waktu itu ada ramai anggota polis bertugas,” katanya.

BACA>>>Covid-19: Polis Selangor Lancar Operasi Halau Orang Ketegaq Balik Rumah

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Stephen Elly mengakui berlaku pertambahan jumlah kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berbanding semalam. Namun, tiada sebarang saman trafik dikeluarkan terhadap mana-mana pihak ingkar terhadap pelaksanaan PKP ketika ini.

“Masih ada pemandu ingkar dengan memberi alasan mahu menziarahi keluarga dan kita sudah pun mengarahkan mereka berpatah balik ke rumah masing-masing. Namun, ada pekerja yang mempunyai dokumen mengesahkan mereka kakitangan sektor penting, selain yang perlu pergi ke hospital atau klinik,” katanya.

BACA >>> Semua Lebuhraya PLUS Beroperasi Macam Biasa, Sekatan di Bawah Kuasa Polis

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Covid-19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sekatan Polis virus covid wabak covid-19
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.