Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Boleh Tangguh ‘Road Tax’, Tapi Kena Ada Insurans
Auto Terkini

Covid-19: Boleh Tangguh ‘Road Tax’, Tapi Kena Ada Insurans

AryonBy Aryon24/03/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENYEDARI kesukaran orang ramai memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), atau dikenali umum sebagai ‘road tax’ bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong mengumumkan pengecualian memperbaharui lesen memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkuat kuasa 25 Mac 2020.

Jika sebelum ini pemegang lesen diminta memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP, tetapi semua itu kini dikecualikan bagi tempoh PKP.

Namun, pemegang lesen dinasihatkan membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP. Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib ada perlindungan insurans sah.

Pemegang lesen juga perlu memperbaharui lesen dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

BACA >>> Selepas Lebih 20 Tahun Berlumba, Petrucci Baru Dapat Lesen Motor

LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN GDL

Mengenai LKM kenderaan perdagangan dan GDL pula, menurut Kementerian Pengangkutan, isu keperluan mendapatkan kelulusan Puspakom dan pemandu kenderaan perdagangan untuk memperbaharui GDL, termasuk laporan kesihatan sah seperti diperlukan syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial adalah tidak lagi berbangkit kerana keperluan memperbaharui lesen sudah dikecualikan sepanjang tempoh PKP.

Namun, pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

Kementerian sekali lagi mengingatkan, semua pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian mesti memastikan kenderaan mempunyai perlindungan insurans sah sepanjang tempoh PKP. Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel kepada aduan@mot.gov.my , atau WhatsApp ke 019-2907723.

Hotline MOT: 1800-88-7723 (8am-8pm). Atau boleh hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

BACA >>> Covid-19: Jalan Raya Sesak di Lokasi Sekatan, Masih Ramai Ingkar

Auto Terkini cukai jalan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong JPJ Kementerian Pengangkutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) lesen memandu Menteri Pengangkutan
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026

    3 Comments

    1. Dayang on 30/03/2020 14:46

      Roadtax tu ok ja. Jauh murah..
      Insurance kereta tu yang Mahal.

      Harap dapat ditangguh juga

      Reply
    2. Riell on 16/06/2020 19:46

      Slmt petang.. Sy ingin bertanya,, dlm tempoh pkpp ini sampai bila kelonggaran pada kenderaan yg cukai jalan sudah tamat tempoh dan untuk memperbaharui nya.. Adakah akan diambil tindakan bila ditahan pihk berkuasa.. Mohon pencerahan..

      Reply
    3. ajamira6060 on 26/06/2020 05:52

      saya dah beli insurans online utk motosikal,boleh tahu laman web mana saya boleh renew roadtax online tanpa perlu beratur panjang di jpj,utc,pejabat pos.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.