Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP
Auto Terkini

Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi yang akan digunakan.

BACA >>> Covid-19: ATM Kata 10 Peratus Dari 3 Juta Rakyat Malaysia Masih Ingkar Arahan

“Kami akan gunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini sudah saya bincangkan dengan industri tempatan. ATM sudah ada (teknologi itu), tetapi jumlah perlu ditambah.

“Menerusi penggunaan teknologi, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan. Kemungkinan (penggunaan dron dan UAV) dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan,” katanya ketika ditemu bual RTM1 dalam program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, ATM sangat komited mencapai objektif PKP dan juga bersedia menambah bilangan anggota sekiranya perlu.

“Kami sedaya upaya melihat bagaimana mahu menambah baik tugas kami ini supaya lebih efektif. Jadi saya ingin nyatakan jika perlu untuk menambah anggota (ATM), kami bersedia melaksanakannya,” katanya.

Menurutnya, ada seramai 7,500 anggota ATM ditempatkan seluruh negara terdiri daripada tiga cabang perkhidmatan, iaitu laut, udara dan darat yang dikerahkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penguatkuasaan PKP. Beliau juga menyeru semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha membendung wabak Covid-19.

SUMBER: AstroAwani
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ATM Lancar Dron dan UAV Auto Terkini Covid-19 Jeneral Tan Sri Affendi Buang Wabak Koronavirus
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.