• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP

Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP

March 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan dengan industri tempatan bagi meningkatkan jumlah alatan teknologi yang akan digunakan.

BACA >>> Covid-19: ATM Kata 10 Peratus Dari 3 Juta Rakyat Malaysia Masih Ingkar Arahan

atm-pkp-covid19-1
atm-pkp-covid19-2
atm-pkp-covid19-3

"Kami akan gunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini sudah saya bincangkan dengan industri tempatan. ATM sudah ada (teknologi itu), tetapi jumlah perlu ditambah.

"Menerusi penggunaan teknologi, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan. Kemungkinan (penggunaan dron dan UAV) dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan," katanya ketika ditemu bual RTM1 dalam program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, ATM sangat komited mencapai objektif PKP dan juga bersedia menambah bilangan anggota sekiranya perlu.

"Kami sedaya upaya melihat bagaimana mahu menambah baik tugas kami ini supaya lebih efektif. Jadi saya ingin nyatakan jika perlu untuk menambah anggota (ATM), kami bersedia melaksanakannya," katanya.

Menurutnya, ada seramai 7,500 anggota ATM ditempatkan seluruh negara terdiri daripada tiga cabang perkhidmatan, iaitu laut, udara dan darat yang dikerahkan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penguatkuasaan PKP. Beliau juga menyeru semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha membendung wabak Covid-19.

SUMBER: AstroAwani

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ATM Lancar Dron dan UAV, Auto Terkini, Covid-19, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Wabak Koronavirus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev