Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Citroën Perkenal Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan, Harga €99 (RM466) Sahaja
Aksesori

Citroën Perkenal Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan, Harga €99 (RM466) Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata06/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN dunia semakin maju, penyakit satu ini kurang diberikan perhatian. Mereka yang ada masalah mabuk kenderaan setiap kali membaca dalam kereta memang tahu kesengsaraan dihadapi.

Ini bukan mabuk biasa, tetapi sampai boleh pening dan muntah. Lebih parah, segala kerja langsung tergendala. Ingat, beg muntah yang diletakkan dalam pesawat terbang bukan suka-suka, ia memang sangat membantu. Petua tradisional apabila mengalami gejala ini ialah tidur untuk beberapa seketika.

BACA >>> Citroën C4 Cactus (2018) – Rekaan yang Seunik Nama!

Bagaimanakah pula jika kita masih berkeras mahu membaca walaupun ada masalah ini? Sebenarnya, ada penyelesaiannya!

PERTAMA DUNIA UNTUK KENDERAAN ATAS DARAT


Citroën baru saja melancarkan cermin mata pertama dunia yang mampu menghalang masalah mabuk kenderaan di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Cermin mata unik empat bingkai itu, yang dinamakan SEETROËN, mampu memberikan penyelesaian kepada sindrom Kinetosis.

Kinetosis dikatakan dideritai 30 juta orang seluruh dunia. Malah, satu daripada tiga orang pernah mengalami gejala tersebut sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Cermin mata SEETROËN kini boleh dibeli dari laman web Citroën Lifestyle Boutique pada harga mampu milik, iaitu €99 (RM466) sahaja. Produk ini asalnya dibangunkan untuk kelasi kapal, dan Citroën cuba mengadaptasikan teknologi tersebut untuk kegunaan pelbagai jenis kenderaan lain. Berikut ringkasan mengenai cermin mata tersebut:

  • SEETROËN dibangunkan Boarding Ring, iaitu syarikat start-up berasal dari Var, selatan Perancis.
  • Teknologi Boarding Ring™ dipatenkan dan diuji pasukan paramedik dengan rating keberkesanan 95 peratus.
  • Bingkai depan dan sisi cermin mata mempunyai cecair berwarna boleh gerak.
  • Cecair itu akan bergerak melintang dan meneutralkan konflik deria yang menyebabkan kesan mabuk.
  • Bingkai putih dibuat daripada material sentuh lembut yang direka Studio 5.5 dari Paris yang melambangkan gaya segar, ringkas dan ergonomik Citroën.

Bagaimanakah cermin mata ini berfungsi?

  • Sebaik saja simptom mabuk kenderaan dikesan, pengguna dinasihatkan terus memakai cermin mata itu.
  • Selepas 10-12 minit, cermin mata tersebut akan mensinkronisasikan semula minda (resynchronise) dengan dalaman telinga, dan mata fokus kepada objek tidak bergerak seperti telefon atau buku.
  • Kemudian, cermin mata boleh ditanggalkan dalam tempoh perjalanan seterusnya.

Namun, cermin mata ini tidak boleh digunakan semua orang, cuma golongan dewasa dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. Ini kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak bawah umut masih belum membesar secukupnya.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Walaupun SEETROËN ialah cermin mata, tetapi ia tiada kanta pembesar. Ini bermakna bingkai ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja atau pengguna yang mahu mengenakan kanta sendiri.

GALERI
5.5 aksesori Boarding Ring™ Cermin Mata Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan Cermin Mata SEETROËN Citroen Kaca Mata Kinetosis Roda4 SEETROËN
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.