• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

July 2, 2017 By Abang Hirata 3 Comments

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEUGEOT dan Citroen berasal dari Perancis, di mana kedua-dua pengeluar automotif itu bernaung di bawah PSA Group dan masing-masing saling bertukar teknologi dan platform. Walaupun mempunyai persamaan, tetapi jenama Citroen lebih menumpukan kepada segmen premium dengan gaya rekaan ibarat objek seni.

Sebelum ini Citroen pernah memasarkan model siri DS - seperti DS3 dan DS5 - di pasaran tempatan. Kini, jenama DS akan bergerak sendiri yang bakal menampilkan kenderaan gaya avant-garde, berkarakter dinamik, lebih perincian dan pemilihan teknologi maju. DS akan diposisikan sebagai model kereta dengan pilihan penuh gaya dan bukan sekadar jenama kereta premium. Sebagai langkah pertama, DS5 baharu tampil unik dengan gaya baharu.

BACA >>> Bukan Limosin, Presiden Perancis Baharu Naik Crossover Sebagai Kereta Rasmi

Berikut Ciri-Ciri DS5 Baharu:

Luaran
  • Gril depan krom bentuk heksagon dan logo DS monogram di tengah.
  • Depan kereta dipanggil DS Wings.
  • DS Wings bersambung ke dalam lampu utama xenon dan dikelilingi lampu signatur LED.
  • Lampu belakang dipanggil pelontar api atau flame thrower.
  • Bahagian belakang turut membentuk karakter DS melalui gaya bentuk lampu dan spoiler but.
  • Rim aloi 18-inci.
  • Bilah pengelap cermin dan lampu utama automatik.
Dalaman
  • Bertemakan aeroangkasa - kokpit ala pesawat.
  • Tempat duduk direka sekitar pemandu.
  • Rekaletak suis kawalan dibahagikan kepada dua bahagian - di bawah dan atas papan pemuka.
  • Rekaan suis dan butang konsep industri aeroangkasa.
  • Bumbung kaca tiga bahagian.
  • Sistem infotainment serasi telefon pintar.
  • Sistem audio Denon Hi-Fi dengan 6 pembesar suara dan wufer.
  • Paparan dongak HUD - sistem paparan di cermin depan.
Nadi Kuasa
  • Enjin 1.6 liter turbo (THP) - kuasa, 164hp @ 6,000rpm dan tork, 240Nm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan.
Sistem Keselamatan
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • 6-beg udara
Warna
  • Artense Grey (kelabu)
  • Noir Perla Nera (hitam)
  • Bleu Encre (biru gelap)
  • Pearl White (putih)
  • Whisper Purple (ungu)
Waranti dan Harga
  • 5 tahun atau 120,000km (yang mana dahulu).
  • Bantuan jalanan 24 jam.
  • Akses Sky Lounge by Naza di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
  • RM198,888 (atas jalan termasuk insurans)
308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DS, DS5, Naza Euro Motors, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my