• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Citroën C4 Cactus (2018) - Rekaan yang Seunik Nama!

October 31, 2017 By Abang Hirata 1 Comment


CITROËN adalah antara subsidiari yang membentuk PSA Group dengan Peugeot seperti mana Korea Selatan mempunyai Hyundai Motor Company yang menaungi Kia sebagai subsidiari. Kedua-dua jenama Citroën dan Peugeot mempunyai identiti berbeza walaupun berkongsi 'isi dalaman' hampir serupa.

Apa yang membezakan produk masing-masing ialah status dan penjenamaan. Citroën lebih kepada stail, manakala Peugeot pula cenderung kepada praktikaliti harian. Contoh jelas, Citroën C4 Cactus baharu ini, sebagai hatchback kompak dengan rekabentuk lain daripada lain.

BACA >>> PureTech 1.2L Bolot Anugerah Enjin Terbaik 2017, Tahun Ketiga Berturut-Turut Tanpa Cabaran

REKAAN UNIK, TEKNOLOGI TERKINI

Citroën C4 Cactus.01
Citroën C4 Cactus.02
Citroën C4 Cactus.08

Jika dilihat dari jauh, memang sudah dapat dijangka itu ialah produk Citroën. Selain rekabentuk unik, C4 Cactus tampil dengan teknologi canggih seperti 12 sistem bantuan pemanduan, tiga teknologi sambungan dan sistem suspensi canggih Kusyen Hidraulik Progresif (Progressive Hydraulic Cushion - PHC).

C4 Cactus dibina berasaskan platform PF1 PSA Group yang menampilkan rekabentuk seimbang, dinamik dan meyakinkan. Kesinambungan rekaan yang lancar dari depan, sisi dan belakang berjaya menyerlahkan efek keharmonian dan ketelitian.

Ada sembilan warna ditawarkan, Polar White (putih), Obsidian Black (hitam), Platinum Grey (kelabu), Cumulus Grey (kelabu), Sport Red (merah), Tapenade Grey (kelabu), Emerald Blue (biru), Pearl White (putih mutiara) dan Deep Purple (ungu).

ENJIN PURETECH

C4 Cactus dikuasakan enjin 3-silinder PureTech petrol yang meraih status Enjin Terbaik Tahunan 2015, 2016 dan 2017 untuk varian PureTech 110 dan PureTech 130.  Versi prestasi tinggi boleh didapati dalam varian PureTech 130 S&S turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Citroën C4 Cactus PureTech 110 turbo boleh didapati dalam:

  • PureTech 110 S&S turbo - Manual 5-kelajuan
  • PureTech 110 S&S turbo - Automatik 6-kelajuan EAT6

Model asas pula dikuasakan PureTech 82 dengan transmisi manual. Selain enjin petrol, C4 Cactus juga ditawarkan dalam versi diesel BlueHDi dengan penjimatan bahan api efisien dan pelepasan emisi optimum. Enjin BlueHDi 100 S&S dipadankan transmisi manual, manakala transmisi automatik BlueHDi 120 S&S EAT6 hanya ada di pasaran tahun depan.

Citroën nampak begitu agresif memperkenalkan barisan baharu jenama itu seperti C3 (2016), C3 Aircross (2017) dan C5 Aircross (2017). Bukan setakat sibuk dengan model baharu, tetapi turut menawarkan jenama mewah DS yang dipasarkan sebagai entiti berbeza.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Malah, Citroën turut hebat dalam dunia permotoran apabila memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan tiga gelaran pengeluar berturut-turut dalam Kejohanan Kereta Touring Dunia (WTCC) pada 2014, 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, kehadiran jenama Citroën di pasaran tempatan agak perlahan berbanding Peugeot. Model-model yang ditawarkan juga tidak banyak. Justeru reputasi yang dibina di peringkat antarabangsa diharapkan dapat menarik semula perhatian peminat permotoran terhadap Citroën.

Ini kerana rekabentuk unik dihasilkan Citroën mampu memberikan banyak kelainan berbanding pesaing lain yang lebih bercirikan arus perdana. Pastinya jalan raya lebih meriah dan seronok dengan rekaan sebegini!

GALERI

Filed Under: Roda4 Tagged With: Citroen, Citroën C4 Cactus, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perancis, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal
  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my