Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#CIMA2024: Cruiser QJMotor SRV 300 AMT dengan Sistem Transmisi Macam Skuter!
Roda2

#CIMA2024: Cruiser QJMotor SRV 300 AMT dengan Sistem Transmisi Macam Skuter!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENUNGGANG sebuah motosikal cruiser dengan enjin V-Twin tanpa perlu menarik klac tangan dan memasukkan gear secara manual sudah menjadi realiti di China.

Cara tunggangan seakan skuter itu boleh dilakukan jika anda menaiki model QJMOTOR SRV 300 AMT yang dijual di China pada harga 23,999 yuan (RM14,185) seunit.

Hal ini disebabkan cruiser itu dilengkapi dengan sistem transmisi elektronik AMT (automatic manual transmission) yang menggantikan kotak gear klac manual konvensional.

Malah SRV 300 AMT itu juga tiada klac tangan, brek kaki dan tuil gear kaki. Ini membezakannya dengan cruiser SRV300 standard yang juga dijual di China dengan harga 22,999 yuan (RM13,590).

Tuil disebelah kiri hendal SRV 300 AMT adalah untuk mengaktifkan brek belakang. Tuil brek kanan kekal sama fungsinya seperti motosikal lain.

Bagaimanapun, anda masih boleh menukar gear secara manual dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari melalui tuil + – di bawah konsol sebelah kiri hendal.

Menurut sumber di China, jika tiada anjakan gear dibuat secara manual dalam tempoh masa tertentu, sistem motosikal akan mengambil alih dengan membuat anjakan naik atau turun gear secara automatik.

PanduLaju ketika mengunjungi Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 di Chongqing, China sempat melihat cruiser SRV 300 AMT itu secara lebih dekat.

Pengenalan sistem AMT itu bertujuan membolehkan lebih ramai orang menunggang model cruiser V-Twin dengan lebih mudah selain melancarkan tunggangan di kawasan trafik tinggi.

Berikut perincian QJMotor SRV 300 AMT:

  • Ada lima pilihan warna iaitu merah, putih, hitam, kelabu dan coklat lembut.
  • Enjin 4-lejang 296cc V-Twin penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 30.3hp @ 9,000rpm, dan tork 26Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear 6-kelajuan tiptronik (AMT) dengan klac sliper, menggunakan pacuan tali sawat.
  • Panel meter LCD berwarna.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Dimensi panjang 2,110mm, lebar 840mm, dan tinggi 1,080mm, manakala jarak roda 1,400mm.
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.
  • Rim aloi 16 inci depan dengan tayar 120/80 (depan) dan rim 15 inci dengan tayar 150/80 (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak 13.5 liter.
  • Tinggi pelana 700mm.
  • Sistem ekzos kembar.
  • Berat 163kg.
  • Peg kaki penunggang jenis rata.
CIMA 2024 cruiser Cruiser V-Twin cruiser V-Twin AMT Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 QJMotor SRV300 AMT roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.