Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#CIMA2024: BENDA Napoleon Bob 250 Pamer di China, Bakal Masuk Malaysia Bulan Ini?
Auto Terkini

#CIMA2024: BENDA Napoleon Bob 250 Pamer di China, Bakal Masuk Malaysia Bulan Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENDA Napoleon Bob 250 ialah salah satu model motosikal yang menarik minat ramai pengunjung muda sepanjang empat hari Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 di Chongqing, China.

Motosikal jenis bobber berwarna hijau metalik itu memiliki binaan sistem suspensi hadapan dan belakang yang agak unik, mungkin boleh dikategorikan sebagai multi-link. Khabarnya, model itu akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Fork hadapan adalah jenis teleskopik yang disorok di belakang penutup gayaan fork girder. Bukan itu sahaja, motosikal itu ada sejenis sistem sambungan yang berhubung dengan ‘fork girder’ tersebut.

Fork teleskopik akan menurun semasa membrek dan sistem sambungan itu menolak ‘fork girder’ ke hadapan. Cara itu dikatakan dapat membantu meningkatkan kestabilan bahagian hadapan motosikal serta menambah baik kesempurnaan tunggangan. Lihat video di bawah ini:

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/10/benda-video-converter.com_.mp4

SUSPENSI BELAKANG

Suspensi belakang juga cukup kompleks dan agak mengelirukan. Sepasang absober belakang diikat antara frem motosikal dan suspensi rocker berbentuk seperti huruf L yang kemudiannya bersambung pada swingarm.

Belum ada penerangan bagaimana suspensi belakang itu berfungsi dan apa manfaatnya menggunakan kaedah multilink berbanding sambungan dari frem ke swingarm seperti motosikal biasa. Ini pula perincian BENDA Napoleon Bob 250 di China:

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang 249cc V-Twin SOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, berkuasa 25.5hp pada 9,000rpm dan tork 25Nm @ 5,500rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper.
  • Sistem pacuan jenis rantai. Kelajuan maksimum 129kmj.
  • Instrumen meter jenis TFT dengan paparan digital.
  • Fork depan jenis teleskopik konvensional dan set absober berkembar di belakang.
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 130/80 (depan), 160/70 (belakang).
  • Dilengkapi sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Dimensi panjang 2,333mm, lebar 838mm, tinggi 1,038mm.
  • Jarak roda 1,545mm dan jarak bumi 120mm. Ketinggian pelana 748mm dan seberat 182kg.
  • Kapasiti tangki minyak 9.5 liter.
autoterkini BENDA Napoleon Bob 250 (2024) Bobber Single Sitter CIMA 2024 fork girder Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.