Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
Auto Terkini

China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL kereta api peluru (bullet train) maglev yang mampu meluncur sepantas 600kmj sudah ditayangkan di Qingdao, China. Tren futuristik itu dibina firma China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) yang setakat ini dianggap sebagai tren terpantas dunia.

Maglev sebenarnya adalah singkatan kepada magnetic levitation (apungan magnetik).

BACA >>> China Cipta Tren Elektrik Tanpa Pemandu, Bergerak Tanpa Rel Besi
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

Kereta api laju itu kelihatan seakan ‘terapung’ disebabkan kuasa elektromagnetik yang membantunya meluncur atas trek.

Timbalan Pengurus Besar dan Ketua Jurutera CRRC Sifang, Liang Jianying berkata, selain kelebihan kelajuan, tren itu juga menghasilkan bunyi yang rendah, manakala kerja penyelenggaran juga lebih kurang sama seperti tren berkelajuan tinggi lain.

Pada 2019, satu prototaip tren maglev baharu pernah ditayangkan kepada sekumpulan media. China pada tahun itu juga mengumumkan cita-cita membina ‘lingkaran pengangkutan tiga jam’ merentasi kawasan bandar-bandar utama.

Pengangkutan rel berkelajuan tinggi menjadi keutamaan di China bagi menghubungkan lebih banyak bandar menggunakan kereta api dengan mengurangkan masa dan kos perbelanjaan lawatan dalam negara.

Buat masa ini, kereta api berkelajuan tinggi di China bergerak pada kelajuan purata 350kmj, manakala kapal terbang pula mencapai kelajuan 800 hingga 900kmj.

Maka, ketibaan tren seperti dilihat di Qingdao akan mengisi jurang kelajuan tersebut. Bagaimanapun, ada satu cabaran besar menanti khidmat tren maglev tersebut.

 

Khabarnya, ada masalah kekurangan rangkaian dan trek meglev kerana China hanya ada satu laluan maglev untuk kegunaan komersial yang menghubungkan Lapangan Terbang Pudong di Shanghai dengan Stesen Longyang Road di kawasan bandar.

Jarak perjalanan sejauh 30km itu mengambil masa kira-kira 7 minit 30 saat, dengan tren bergerak sepantas 430kmj. Laluan rel sepanjang 434km antara bandar Lhasa dan wilayah Nyingchi pula sudah mula digunakan sejak 25 Jun lalu, sekali gus menandakan semua wilayah di Tanah Besar China kini memiliki akses tren berkelajuan tinggi.

Beberapa laluan rangkaian maglev baharu kini sedang dibina, termasuk rel menghubungkan Shanghai dan Hangzhou serta satu lagi antara Chengdu dan Chongqing.

BACA >>>Jambatan Kereta Api Pertama Hubungkan China, Rusia Siap Dibina, Panjang 7km
BACA >>> Henan Banjir Teruk Sampai Air Masuk dalam Tren

SUMBER: CNN

China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Liang Jianying tren
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.