Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM189,000
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM189,000

SyafieBy Syafie22/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CHERY dijangka terus mengukuhkan barisan SUV premium mereka di Malaysia menerusi pengenalan Chery Tiggo 9 iaitu SUV flagship bersaiz besar.

Ia juga hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, enjin turbo berkuasa serta pakej teknologi dan keselamatan yang sangat lengkap.

Model itu bakal menjadi SUV paling premium dalam keluarga Tiggo dan dijangka ditawarkan pada harga anggaran sekitar RM189,000 dan didatangkan dengan pakej asas seperti:

  • Waranti kenderaan selama 7 tahun / 150,000km
  • Waranti enjin selama 7 tahun / 150,000km

Enjin 2.0L Turbo AWD, Kuasa 256PS

Chery Tiggo 9 menggunakan enjin 2.0 liter TGDI turbo petrol yang menghasilkan:

  • Kuasa 256PS (187kW)
  • Tork maksimum 390Nm

Kuasa disalurkan menerusi transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT) bersama sistem pacuan semua roda (AWD).

SUV itu turut menawarkan tujuh mod pemanduan seperti:

  • Eco
  • Normal
  • Sport
  • Sand
  • Mud
  • Snow
  • Off-road

Dari segi kecekapan bahan api, Tiggo 9 mencatat penggunaan sekitar 8.3L/100km.

Dimensi Besar, Ruang Kabin Premium

Tiggo 9 hadir dengan dimensi:

  • Panjang: 4,810mm
  • Lebar: 1,925mm
  • Tinggi: 1,741mm
  • Jarak roda: 2,800mm

Ruang simpanan belakang pula mencecah sehingga 2,065 liter apabila tempat duduk dilipat.

Model ini menggunakan rim 20 inci bersama tayar bersaiz 245/50 R20.

Kabin Mewah Dengan Ciri Premium

Bahagian dalaman Tiggo 9 tampil cukup premium dengan pelbagai ciri mewah seperti:

  • Paparan kluster digital 10.25 inci
  • Skrin infotainmen 15.6 inci
  • Paparan dongak (HUD)
  • Sistem audio premium Sony 14 pembesar suara
  • Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Pengecas wayarles 50W dengan penyejukan

Antara ciri premium lain:

  • Tempat duduk depan dengan fungsi urut
  • Tempat duduk berventilasi dan pemanas
  • Penghawa dingin automatik dua zon
  • Lampu ambien 64 warna
  • Bumbung suria panoramik
  • Tailgate berkuasa bebas tangan

ADAS Lengkap, 10 Beg Udara

Dari segi keselamatan, Tiggo 9 dilengkapi:

  • 10 beg udara
  • Kamera panoramik HD 540 darjah
  • ISOFIX
  • TPMS
  • Hill Descent Control
  • Electronic Stability Program (ESP)

Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) pula merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Automatic Parking Assist (APA)
  • Driver Monitoring System (DMS)

Bakal Jadi Pesaing SUV D-Segmen

Dengan kombinasi enjin berkuasa, ruang kabin luas dan ciri premium lengkap, Chery Tiggo 9 dijangka memberi saingan kepada beberapa SUV D-segmen popular lain dalam pasaran tempatan.

Jika harga anggaran RM189,000 itu dikekalkan, Tiggo 9 berpotensi menjadi antara SUV tujuh tempat duduk paling berbaloi dalam kelasnya.

Auto Terkini Chery Malaysia Chery Tiggo 9 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV segmen-D
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lebih 2,000 Notis Dikeluarkan, Kes Tak Bayar Tol Di KLK dan LPT1 Masih Serius

    22/05/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.