Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Chery Malaysia Buka Empat Bilik Pameran Baharu di Borneo
Auto Terkini

Chery Malaysia Buka Empat Bilik Pameran Baharu di Borneo

SyafieBy Syafie17/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY Malaysia meluaskan operasi menerusi pembukaan empat bilik pameran baru di Borneo yang mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu di Sabah dan Sarawak.

Pencapaian itu menunjukkan komitmen Chery dalam menyediakan akses lebih baik dan perkhidmatan dipertingkat kepada pelanggan yang semakin berkembang di Malaysia Timur.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Chery sedang berkembang secara perlahan di Borneo dan kami berharap dapat membuka lebih banyak lokasi di kedua-dua negeri ini. Kami bertekad meluaskan rangkaian kami di seluruh Malaysia, memberikan lebih ramai rakyat Malaysia peluang memiliki kenderaan Chery.”

“Melalui outlet baharu di Sabah dan Sarawak, kami yakin pelanggan Chery di wilayah ini akan terus menerima perkhidmatan terbaik dalam jualan, servis, dan sokongan selepas jualan.”

Chery Sandakan

Pusat Chery Sandakan 1S dimiliki dan dioperasi rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd yang terletak di Tingkat Bawah, Lot No 1, Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah.

Bilik pameran dibuka setiap hari seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8 pagi – 6 petang
  • Sabtu:  8 pagi – 4 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi – 3 petang

Chery Tawau

Pusat Chery Tawau 3S dimiliki dan dioperasi rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd, terletak di TB4005, Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah.

Pusat 3S baharu itu berkeluasan 682 meter persegi yang menawarkan pengalaman menyeluruh dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan. Pusat Servis itu mempunyai empat ruang servis yang dikendali juruteknik Chery terlatih.

Bilik pameran dibuka seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 6 petang
  • Sabtu:8 pagi – 4 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi – 3 petang

Pusat Servis pula dibuka:

  • Isnin-Jumaat: 8 pagi – 5 petang
  • Sabtu: 8 pagi – 3 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Chery Miri

Pusat 3S Chery Miri dimiliki dan dioperasi rakan pengedar MP Advanced Automotive Sdn Bhd, terletak di Lot 8363-8366, Tingkat Bawah, Blok 1, Daerah Tanah Lambir, Jalan Miri By Pass, 98000 Miri, Sarawak.

Pusat 3S berkeluasan 892 meter persegi ini menawarkan pengalaman menyeluruh dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan dengan empat ruang servis dikendalikan juruteknik Chery terlatih.

Bilik Pameran dibuka setiap hari seperti berikut:

  • Isnin-Sabtu: 8 pagi – 5 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: 9 pagi – 3 petang

Pusat Servis pula dibuka pada:

  • Isnin-Sabtu: 8 pagi – 5 petang
  • Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 Chery Imago Mall Kota Kinabalu

Chery mendefinisi semula kemudahan buat pelanggan yang mahu membeli kenderaan baharu dengan memperkenal bilik pameran di pusat beli-belah.

Bilik pameran butik Chery yang dikendalikan rakan pengedar Universal Chery Sdn Bhd di Imago Mall Kota Kinabalu (Lot G-74-1, Tingkat Bawah) dengan menyediakan tempat di mana pelanggan boleh melihat, memandu uji, dan membuat tempahan untuk kenderaan Chery baharu.

Kami faham keluarga moden hari ini sering menghabiskan hujung minggu dengan membeli-belah, menikmati aktiviti rekreasi, dan menghabiskan masa berkualiti bersama.

“Dengan membawa bilik pameran kami ke Imago Mall, kami memudahkan anda meneroka kereta kami sambil menikmati segala yang ditawarkan pusat membeli-belah ini.”

Bilik pameran butik dibuka seperti berikut:

  • Isnin-Khamis: 10 pagi – 8 malam
  • Jumaat-Ahad: 10 pagi – 9 malam

Rangkaian Pengedar Chery di Borneo dan 2025

Menerusi pembukaan baharu itu, Chery Malaysia kini mengendalikan empat bilik pameran dan dua pusat servis di Sabah, manakala Sarawak mempunyai dua bilik pameran dan dua pusat servis, dengan outlet badan dan cat setiap negeri, bagi memenuhi keperluan pelanggan Chery di negeri berkenaan.

Sehingga 2024, Chery mempunyai 56 bilik pameran dan akan terus meluarkan rangkaian outlet pada 2025 kepada 65 premis di seluruh Malaysia.

Ketahui lokasi terkini pengedar Chery Malaysia dengan layari https://www.chery.my/dealer-locator/, termasuk barisan model Chery, di pautan www.chery.my.

Ikuti perkembangan terkini Chery melalui laman Facebook rasmi Chery Malaysia.

Auto Terkini Bilik Pameran Chery Borneo Chery Malaysia Malaysia Timur
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.