Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)
Auto Terkini

Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

Abang GYLBy Abang GYL21/06/20177 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

che ta dapat kereta H2AKTRES jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta membawa pulang Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.

Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

MELARAM KERETA BARU

Lebih bermakna, hadiah istimewa diterima pelakon kelahiran Alor Setar itu diberikan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Malah, Che Ta turut tidak menyangka diberikan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, ‘RQ2174’, bermaksud Rozita, yakni namanya sendiri.

Menurut Che Ta, 44, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

“Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan,” kata ibu kepada tiga anak itu.

BACA >>> Haval H2 Pencabar Baharu SUV Segmen-C Di Malaysia

HAVAL H2 MEMANG MENARIK

Mengulas mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini.

” Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, 6 beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

” Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain.

” Haval H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih,” kata Che Ta lagi.

BACA >>> Haval H6 Coupe 2.0L Turbo & Haval H9 4×4 Masuk Malaysia Tahun Ini – Harga Bermula RM115,000

GALERI

che ta dapat kereta H2
Che Ta harga kereta che ta Haval H2 Kereta Baru Che Ta Rozita Che Wan RQ2174
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.