Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»ChatGPT dalam Volkswagen Baharu yang Boleh Jawab Macam-Macam Soalan!
Auto Terkini

ChatGPT dalam Volkswagen Baharu yang Boleh Jawab Macam-Macam Soalan!

Abang HirataBy Abang Hirata15/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Pameran Elektrik Konsumer (CES) 2024, Volkswagen memperkenalkan model pertama dilengkapi chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang disepadu dalam bantuan suara IDA.

Pada masa depan, pelanggan akan mempunyai akses kepada pangkalan data AI dalam semua model Volkswagen yang dilengkapi IDA dengan membacakan jawapan atau hasil penyelidikan sambil memandu.

Fungsi itu dibuat dengan kerjasama Cerence Inc menggunakan Cerence Chat Pro, dan Volkswagen akan menjadi pengeluar massa pertama yang menawarkan ChatGPT sebagai ciri asas bermula suku kedua 2024.

Chatbot itu ditawarkan bersama sistem infotainment terkini pada model ID.7, ID.4, ID.5, ID.3 dan varian terpilih atau pilihan pembelian model baharu seperti Tiguan, Passat dan Golf.

Penambahan ChatGPT ke dalam sistem bantuan suara membolehkan kereta ‘bercakap’ dengan pemandu secara lebih mendalam dan bukan setakat menerima arahan. Contohnya, fungsi bantuan suara IDA digunakan untuk kawalan infotainment, navigasi, penyaman udara dan menjawab soalan pengetahuan umum.

Pada masa depan, AI akan menyediakan maklumat tambahan sebagai jawapan kepada soalan aras lebih tinggi dan memperkayakan perbualan, menerima maklumat kenderaan yang terperinci dan banyak lagi.

Bagi menggunakannya, pemandu hanya perlu menyebut ‘Hello IDA‘ atau menekan butang pada stereng.

Bercakap mengenai stereng, berdasarkan foto Golf GTI 2025 yang dikongsi, Volkswagen nampaknya sudah menggunakan kembali butang fizikal berbanding butang sentuh sebelum ini.

Mengenai perlindungan peribadi yang hangat diperkatakan sekarang, ChatGPT tiada akses kepada data kenderaan. Soalan dan jawapan dipadam serta-merta bagi memastikan data peribadi dilindungi.

Jika anda mempunyai kereta dengan fungsi sebegini, soalan apa yang mahu ditanya? Mungkin boleh diuji dengan soalan keagamaan seperti waktu solat atau kebaikan surah tertentu.

Auto Terkini ChatGPT Roda4 Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Golf GTI vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.