Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CEO Proton Edar Minta Kerajaan Lanjutkan Pengecualian Cukai Jualan Kereta
Auto Terkini

CEO Proton Edar Minta Kerajaan Lanjutkan Pengecualian Cukai Jualan Kereta

Azizi HBy Azizi H05/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN diminta melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan hingga tahun depan dalam usaha menyokong ekonomi tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah.

Awal Jun lalu, Kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memutuskan mengecualikan cukai jualan kenderaan bermula 15 Jun hingga Disember tahun ini, iaitu 100 peratus untuk model pemasangan tempatan (CKD), dan 50 peratus untuk model import (CBU)  sebagai langkah memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat krisis penularan Covid-19.

BACA >>> Baru Dua Minggu, Proton X50 Terima Lebih 20k Tempahan

Roslan berkata, lanjutan tempoh ‘cuti cukai’ itu dapat memacu semula jualan dan jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun depan. Ini jelas dibuktikan menerusi impak pengecualian cukai jualan bermula 15 Jun lalu yang membantu industri kembali pulih setakat tiga bulan pelaksanaan.

Menurutnya, inisiatif itu mampu menyokong ekonomi tempatan dan membolehkan jenama automotif seperti Proton Holdings Bhd (PROTON) mengekalkan perniagaan.

Justeru beliau bagi pihak industri automotif mengharapkan Kerajaan dapat melanjutkan pengecualian cukai enam bulan lagi atau hingga Jun tahun depan, atau sekurang-kurangnya Mac tahun depan.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Roslan berkata lagi, lanjutan tempoh pengecualian dapat menyokong keseluruhan rantaian bekalan automotif dan industri selepas terjejas teruk selama tiga bulan bermula Mac hingga Jun akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam tempoh pengecualian cukai, kami telah dapat memulihkan kerugian dan lanjutan cuti cukai ini dapat memberi kelegaan kepada industri.

“Malah, industri automotif telah meminimumkan pemberhentian pekerja dan ada segelintir masih membayar gaji sama seperti sebelum COVID-19. Lanjutan pengecualian cukai dapat meningkatkan operasi dan memastikan tenaga kerja dapat dikekalkan,” katanya dipetik Berita Harian.

Jumlah TIV pada Ogos lalu mencatatkan jualan lebih 50,000 unit yang mengatasi sasaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA), iaitu 470,000 unit tahun ini dengan purata jualan bulanan kira-kira 49,000 unit.

BACA >>> Imej Paten Bocor, Inikah Rupa Honda Civic Hatchback (2022) Generasi Baharu?

SUMBER : BeritaHarian

Auto Terkini Cukai jualan Cukai Jualan Kenderaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Roda4 Roslan Abdullah Sales Tax
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.