Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CEO Perodua: “Kita Boleh Buat Produk EV, Tapi….”
Auto Terkini

CEO Perodua: “Kita Boleh Buat Produk EV, Tapi….”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMAKIN banyak pengeluar auomotif mengambil pendekatan membawa masuk (model CBU) dan memulakan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan elektrik (EV) ke pasaran Malaysia.

Malah kelibat model EV atas jalan raya tempatan boleh dilihat hampir setiap hari, lebih-lebih lagi model jenama China seperti GWM (Ora Good Cat) dan BYD, Timbul pula pertanyaan mengenai status dua pengeluar kenderaan nasional, bila lagi?

Proton ketika pelancaran sedan kompak S70 sudah memberi bayangan model EV jenama itu dijangka tiba menjelang 2025. Namun mengenai EV Perodua, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Rasanya anda semua tahu, Perodua dilantik dalam New Industrial Master Plan 2030 oleh MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan kita perlu mengemudi pembangunan EV di Malaysia.

“Apa kita sedang rancang adalah kita sedang bekerjasama dengan Kerajaan dan beberapa rakan lain dengan keperluan untuk mengeluarkan produk baharu.

“Sudah tentu kita belum lagi memuktamadkan masa pengenalan dan sebagainya. Tapi, sasaran yang ditentukan Kerajaan, iaitu 20 hingga 30 peratus menjelang 2025 hingga 2030.

Zainal selepas majlis menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Tourism Malaysia berkata, misi MITI boleh dicapai dengan syarat, semua pihak memainkan peranan.

Saya merasakan itu boleh dizahirkan kalau semua pihak terlibat ini boleh bekerjasama. Sebagai contoh, Perodua boleh buat produk tapi infrastruktur itu saya tak boleh. Ia akan melibatkan pelaburan cukup besar.

“Saya harap ada syarikat lain dapat mencapai sasaran Kerajaan untuk membuat 10,000 stesen pengecas, sebagai contohlah. Saya percaya apa disebut MITI itu adalah KPI diberikan kepada kami sebagai pemain industri.”

APA STATUS EV PERODUA?

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan belum menentukan atau menetapkan garis masa (timeline) sebenar untuk projek EV Perodua, tetapi perlu dilaksanakan selepas diarahkan Kerajaan.

Zainal Abidin menambah;

Kita bukan hanya kena buat produk EV. Tanggungjawab kami adalah membangunkan teknologi itu dalam negara. Maksudnya, kena ada rancangan pembuatan tempatan komponen (localization) tertentu.

“Bukan hanya rancangan produk semata-mata, tetapi juga rancangan localization perlu dibuat. (Contohnya) motor dia… bateri dia…

“Untuk pembuatan tempatan (komponen EV), kita sasarkan… sebagai contoh pek bateri, iaitu pemasangan pek bateri. Sel bateri masih akan diimport. Kita harap dapat kerjasama dengan Kerajaan untuk mempelawa pengeluar bateri memulakan operasi di negara ini.”

APA LAGI PERLU DIBUAT?

Zainal juga menyentuh aspek penting yang mungkin ramai kurang memberi perhatian iaitu kitaran lengkap EV, termasuk sejumlah elemen penting perlu dirangka dan disediakan sebelum memperkenalkan EV ke pasaran.

Beliau menjelaskan;

Bukan hanya EV sebagai produk tapi pada masa sama, polisi untuk EV perlu disiapkan. Misalnya, kitaran hayat bateri EV. Macam mana kitar semulanya. Itu nanti kita akan bangunkan.”

“Cuba bayangkan, kita mengimport masuk banyak model EV CBU dan selepas 8 tahun apa kita nak buat dengan baterinya? Kita (Malaysia) akan jadi tempat pembuangan sisi bateri yang mengandungi bahan memudaratkan.

“Bila kita kata bekerjasama dengan Kerajaan, kita perlu serap polisi, contohnya polisi kitar semula. Sebagai OEM, kita perlu bertanggungjawab terhadap perkara sebegitu seperti pek bateri dan lain-lain. Ini akan menjadi suatu perkara menarik nanti. Kita akan buat pengumuman bagaimana kita nak buat.

“Harap-harap, pelan EV kami jadi satu kitaran lengkap. Bukan hanya buat produk, tetapi aspek kitar semula, isu-isu berkait alam sekitar termasuk localization.

BACA >>> Perodua Mahu Hasilkan EV Versi CKD Bawah RM100k?
BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional “Rahmah”
BACA >>> MITI Rangka Dasar Khusus EV, Tubuh Jawatankuasa Khas Urus Industri EV

Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Kenderaan Elektrik (EV) New Industrial Master Plan 2030 Perodua EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.