Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Can-Am Ryker (2019) – Model Trike yang Lebih Mampu Milik, Cuma AS$8.4k (RM35k)!
Roda2

Can-Am Ryker (2019) – Model Trike yang Lebih Mampu Milik, Cuma AS$8.4k (RM35k)!

ZYBy ZY21/09/20187 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGAIMANAKAH rasanya ‘menunggang’ kereta?

Nama Can-Am selaku pengeluar ‘trike’ atau kenderaan roda tiga popular dari Kanada ini sudah tidak asing lagi di kalangan komuniti penunggang motosikal di Malaysia.

Walaupun kenderaan itu sendiri tidak boleh dikategorikan sebagai motosikal (dan bukan juga kereta tulen), hakikatnya komuniti penunggang kenderaan janggal ini datang daripada mereka yang mahukan perasaan menunggang motosikal, tetapi masih mahukan kestabilan tinggi yang sukar dicapai dengan motosikal dua roda biasa.

BACA >>> Campagna T-Rex Electric – Roadster Tiga Roda dengan Enjin Motosikal EV

Jadi, Spyder RS menjadi pilihan kalangan mereka yang berumur. Selain faktor keselamatan, harga yang menjangkau ratusan ribu ringgit – menyaingi superbike popular, Ducati – membuatkan ia hilang dari radar kebanyakan penunggang muda.

Menyedari terdapat lopong besar dalam demografik umur pelanggan, Can-Am tampil menawarkan model terbaharu, Ryker (2019) pada harga sangat menarik, cuma AS$8,499 (RM35,174).

Bersamaan RM35,000 untuk tukaran terus atau sekitar RM50,000-RM60,000 dan jika ingin mengambil kira duti import dan jualan Malaysia, ia masih boleh dikategorikan sebagai mampu milik kerana banyak motosikal terjual laris dalam segmen harga ini seperti Kawasaki Z900 dan Yamaha MT-09.

Menurut Can-Am, bagi mendapatkan harga dua tiga kali ganda murah daripada model lama, Ryker (2019) dibangunkan dengan mengurangkan jumlah komponen daripada Spyder dan pada masa sama menjadikan fungsi setiap komponen lebih cekap.

Pelana ayun tunggal bersama syaf-pacu – gabungan komponen eksotik sukar ditemui motosikal biasa.

Aspek kecekapan dapat dilihat pada keseluruhan rekabentuk Ryker (2019). Panel fairing depan cuma satu unit plastik besar sebagai pelindung struktur enjin, dengan ruang muatan 7 liter diletakkan atas enjin. Menariknya, Ryker (2019) menggunakan pacuan akhir jenis syaf pacu (drive shaft) yang tersorok di sebalik swingarm dengan transmisi automatik CVT. Segalanya dilakukan bagi mengurangkan kos komponen.

Nampak tidak logik, penggunaan syaf pacu dan transmisi CVT kebiasaannya bakal menjadikan harga sesebuah motosikal lebih mahal, tetapi berbeza Can-Am. Namun, mungkin ada kebenarannya kerana beza harga cuma AS$1,000 (RM4,128) dengan dua pilihan enjin.

Enjin Rotax tidak asing lagi di kalangan motosikal Aprilia, BMW dan KTM

Ryker (2019) menawarkan tiga varian dengan dua opsyen enjin, dan satu edisi khas:

  • Enjin 2 silinder sebaris Rotax 600cc, 47hp – AS$8,499 (RM35,092)
  • Enjin 3 silinder sebaris Rotax 900cc, 77hp – AS$9,999 (RM41,285)
  • Rally Edition (versi off-road) – AS$10,999 (RM45,414)

Ketiga-tiga varian tidak didatangkan bersama set pelana pembonceng yang ditawarkan sebagai aksesori tambahan dengan harga AS$600 (RM2,477).

Berita kurang enak kepada anda yang berminat mencuba pengalaman menunggang trike baharu ini ialah masih tiada pengumuman mengenai kehadiran Ryker (2019) untuk pasaran Malaysia. Mungkin akan dibawa masuk secara tidak rasmi menerusi pengedar persendirian? Harap sabar menunggu.


SPESIFIKASI

CAN-AM RYKER 2019

ENJIN: Rotax 600 ACE – 2 silinder sebaris, penyejukan cecair dengan suntikan bahan api dan terotel elektronik | Rotax 900 ACE – 3 silinder sebaris, penyejukan cecair dengan suntikan bahan api dan terotel elektronik.
GEREK x LEJANG: 74 mm x 69.7 mm
KUASA: Rotax 600 ACE – 47 hp @ 7,300rpm | Rotax 900 ACE – 77 hp @ 7,100rpm
TORK: Rotax 600 ACE – 47 Nm @ 6,200rpm | Rotax 900 ACE – 76 hp @ 6,300rpm
TRANSMISI: Automatik CVT
SUSPENSI: Double-wishbone (depan); SACHS tiub berkembar, coil-over dengan pra-tetapan 150mm (belakang)
BREK: Cakera 270mm, kaliper 2-piston (depan); Cakera 220mm, piston tunggal (belakang)
Brek Parkir : Kunci parkir
TAYAR: 145/60-16 MC 66T (depan); 205/45-16 MC 77T (belakang)
KAPASITI MUATAN: 7 Liter
KAPASITI TANGKI: 20 Liter
PANJANG x LEBAR x TINGGI : 2,352MM x 1,509MM x 1,062 mm
JARAK RODA: 1,709mm
TINGGI PELANA:
Rotax 600 ACE – 599mm | Rotax 900 ACE – 597mm
BERAT KERING:
Rotax 600 ACE – 270 kg | Rotax 900 ACE – 280 kg
ELEKTRONIK:
Sistem Kawalan Stabiliti (SCS), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Sekuriti Nyahkod Digital Anti-Kecurian, Kawalan Pegun (HHC).

GALERI
Shaft drive is standard on Ryker.

SUMBER: Motorcycle.com

 

10 nama motosikal terbaik Malaysia can-am can-am ryker Can-Am Spyder Motosikal 3 Roda rotax trike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

08/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

08/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026

7 Comments

  1. Mydean Normie on 12/03/2019 14:01

    Where can i test ride ryker in Malaysia?

    Reply
  2. mydean on 07/04/2019 12:51

    did ryker 2019 are available in malaysia now???

    Reply
  3. Shafiq on 22/08/2019 17:48

    Pls call me jika dah ada di pasaaran msia…0178778917

    Reply
  4. MUHAMMAD RAVEEN on 29/09/2019 14:21

    What’s the process of purchasing a spyder trike bike in Malaysia.

    Reply
  5. Rozek on 20/08/2020 12:36

    Bile nak masuk Malaysia eah..x sabar ni..hehe

    Reply
  6. Zakaria on 09/11/2020 12:31

    Hi. Just to clarify on the licence for this trike. Do I have to get motorcycle license or car licence is sufficient?
    Please reply. Thanks

    Reply
  7. michael yoo on 06/06/2021 11:16

    Bila ryker masuk ke Malaysia?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.