• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Campagna T-Rex Electric - Roadster Tiga Roda dengan Enjin Motosikal EV

Campagna T-Rex Electric - Roadster Tiga Roda dengan Enjin Motosikal EV

April 24, 2018 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


KERETA ini mungkin terlalu 'rare' di pasaran, siapa sangka Campagna T-Rex sudah 30 tahun dikeluarkan dan melalui banyak transplan enjin sepanjang tempoh berkenaan. Namun pembaharuan kali ini dikatakan pembangunan paling besar pernah dilakukan pengeluar automotif Kanada itu.

Campagna Motors baru saja memperkenalkan model prototaip T-Rex versi elektrik. Roadster tiga roda itu akan menggunakan trenkuasa daripada pengeluar motosikal elektrik dari Amerika Syarikat, Zero Motorcycles. Kerjasama Campagna Motors dan Zero Motorcycles meletakkan tahap baharu dalam inovasi dan keaslian teknologi automotif. Malah, Campagna sudah sedia menjadi penanda aras prestasi dalam segmen kenderaan tiga roda.

CAMPAGNA T-REX - MOTOSIKAL ATAU KERETA?


T-Rex lebih hampir kepada kereta sport tanpa roda lengkap berbanding motosikal dengan satu roda tambahan. Dalam makna lain, lebih mirip kepada Polaris Slingshot berbanding Can-Am Spyder (juga dari Kanada). Ia didatangkan dengan dua kerusi sebelah menyebelah dalam kokpit terbuka luas dengan roda stereng, dua roda di depan dan satu roda besar di belakang.

Baru saja debut sempena Pameran Kenderaan Elektrik Montreal (MEVS) 2018 di Kanada pada 20-22 April lalu. Versi lebih maju bersedia diuji pada musim panas ini dan jika memasuki pengeluaran TRex Electric bakal mengikuti jejak  Morgan Electric EV3 dari Britain.

GALERI
campagna-t-rex-ev-2018-4
campagna-trex-03
campagna-t-rex-ev-2018-1
campagna-t-rex-ev-2018-2
campagna-t-rex-ev-2018-3
campagna-t-rex-ev-2018-5
campagna-t-rex-ev-2018-6
campagna-t-rex-ev-2018-7

SUMBER: CarScoops | CampagnaMotors

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, Campagna Motors, Campagna T-Rex, Can-Am Spyder, EV, Kawasaki, Kenderaan Elektrik (EV), kereta roda 3, Polaris Slingshot, Roda3, Roda4, Suzuki, Zero Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my