Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»CADB Perkenal EV Cilik, Dongfeng BOX untuk Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Suku Keempat 2024!
Roda4

CADB Perkenal EV Cilik, Dongfeng BOX untuk Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Suku Keempat 2024!

Han OthmanBy Han Othman26/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUBSIDIARI milik penuh Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), CADB Central Auto Distributors Bhd (CADB) memperkenalkan model elektrik Dongfeng BOX kepada media yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.

Pengenalan ni juga adalah debut pertama dunia untuk Dongfeng BOX versi pemandung sebelah kanan (RHD). Sebagai makluman, Dongfeng ialah pengeluar automotif milik Kerajaan China berpangkalan di Wuhan yang turut terlibat menghasilkan aset militari negara tersebut.

TENTANG DONGFENG BOX

Dongfeng BOX ialah model EVpertama dibina berasaskan platform canggih Dongfeng Quantum Architecture S3 dengan menampilkan rekabentuk kompak dan tangkas yang sesuai untuk pemanduan bandar.

Berikut spesifikasi Dongfeng BOX:

Luaran

  • Memiliki dimensi badan panjang 4,020mm, lebar 1,810mm dan tinggi 1,570mm dengan rekabentuk moden dan bergaya yang nyata menonjol dalam segmennya.
  • Rekabentuk luaran menampilkan garis badan aerodinamik dan licin dengan lampu utama LED, hendal pintu tersorok, bumbung apung dan tingkap pintu tanpa frem memberikan ilusi ringan dan dinamik.
Dalaman
  • Ruang dalaman menggunakan kemasan kulit corak berlian berkualiti untuk suasana kabin mewah dengan lampu ambien 32 warna pilihan, dan cermin pandang belakang tanpa bingkai.
  • Walaupun panjang keseluruhan hanya 4,020mm, tetapi BOX mempunyai jarak roda panjang 2,663mm untuk ruang dalaman luas dengan penggunaan ruang optimum hingga 66 peratus.
  • Dilengkapi pelbagai ciri multifungsi yang selesa dan praktikal serta canggih, seperti mod baring rata dengan satu butang untuk pemandu utama.
  • Unit infotainment skrin sentuh 12.8 inci jenis apung dengan pengecas wayarles untuk telefon bimbit, dan fungsi bantuan pemanduan pintar L2.
Trenkuasa

  • Dijana unit pacuan elektrik Mach E 10-dalam-satu (10-in-1) yang menawarkan kelebihan seperti kecekapan tinggi, integrasi sempurna, dan penggunaan tenaga rendah.
  • Output kuasa 70kW (93.8hp) dan tork 160Nm, manakala kelajuan maksimum 140kmj.
  • Menyokong pengecasan pantas (DC) dan biasa (AC), dengan keupayaan mengecas DC 30-80 peratus sepantas 30 minit.
  • Dilengkapi fungsi pengecasan luaran (V2L) yang membolehkan pengguna mengecas peralatan elektrik pada bila-bila masa seperti ketika berkelah bersama keluarga atau rakan.
Auto Terkini Central Auto Distributors Bhd (CADB) Dongfeng Box Kenderaan Elektrik (EV) PEKEMA Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.