Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Butik Eksklusif Royal Enfield Pertama di Malaysia Dibuka, Ahad Ini
Auto Terkini

Butik Eksklusif Royal Enfield Pertama di Malaysia Dibuka, Ahad Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini tidak ramai tahu siapa pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia. Sebenarnya sejak November tahun lalu, RE Motorcycles Sdn Bhd sudah dilantik sebagai pengedar rasmi jenama asal British itu yang kini berpangkalan di India.

Sebagai permulaan, syarikat di bawah Chear Motor Resources itu secara rasmi akan membuka Butik Eksklusif Royal Enfield di Shah Alam pada Ahad ini. Jadi, peminat jenama Royal Enfield kini berpeluang menyaksikan pelbagai barisan model motosikal jenama yang sudah 115 tahun di pasaran itu, termasuk aneka barangan aksesori gaya hidup di bawah satu bumbung.

BACA >>> Royal Enfield Thunderbird X 350 dan 500 – Cruiser Gaya Amerika dengan Sentuhan Urban

Tidak ketinggalan, dua ruangan servis yang mampu menampung 6 motosikal pada satu-satu masa. Mekanik disediakan juga bertauliah yang masing-masing menerima latihan khusus daripada Royal Enfield di India selama sebulan.

FALSAFAH PURE MOTORCYCLING

Pengurus Besar RE Motorcycles Sdn Bhd, M Syahrul berkata, pengenalan butik eksklusif dibuka dengan mengadaptasi format peruncitan baharu Royal Enfield menerusi falsafah ‘Pure Motorcycling’ dalam pengalaman pemilikan jentera klasik tersebut.

“Bagi mematuhi prosedur ditetapkan, kos pengubahsuaian menelan belanja RM1.5 juta.

“Bagi mengukuhkan dan meluaskan pengalaman pemilikan pelanggan sedia ada dan baharu pula, kami akan meluaskan liputan wakil jualan di setiap negeri dan dijangka dicapai pertengahan tahun depan,” katanya.

Buat masa ini, Royal Enfield memiliki tiga wakil jualan di Petaling Jaya, Wangsa Maju dan Port Klang. Orang ramai juga di jemput hadir ke majlis pembukaan Butik Eksklusif Royal Enfield pertama di Malaysia pada 22 April ini di Seksyen 15, Shah Alam.

Pada majlis tersebut akan dipamerkan model Classic 350/500, Bullet 350/500, Rumbler 500 dan dua unit Continental. Semua model import dari India itu akan dijual pada harga bermula RM28,000 hingga RM42,000.

ROYAL ENFIELD HIMALAYAN AKAN MENYUSUL

Selepas pembukaan rasmi pusat jualan utama berkenaan, RE Motorcycles Sdn Bhd bakal membawa masuk Royal Enfield Himalayan ke pasaran tempatan. Bagaimanapun, tarikh rasmi pelancaran masih belum diputuskan tetapi dijangka pertengahan Mei ini.

Sebagai permulaan, model tersebut boleh ditempah terus daripada pengedar rasmi Royal Enfield Malaysia pada harga antara RM38,000 ke RM40,000.

Himalayan dijana enjin baharu LS 410 dengan aci sesondol atas (OVC) yang mampu menghasilkan tork tinggi dan kuasa pada rev enjin rendah. Ini memberikan kelancaran tunggangan dalam gear tinggi walaupun dalam kelajuan rendah selain memudahkan penunggang mendaki bukit ataupun meredah lalu lintas sesak.

Dari segi fakta teknikal, Himalayan menggunakan enjin silinder tunggal 411cc berkuasa 24.5bhp dan tork 32Nm, manakala tugas hantaran kuasa diserahkan kepada transmisi 5-kelajuan sirat malar (constant mesh).

Royal Enfield Himalayan dilengkapi tayar dual fungsi yang memberikan cengkaman terbaik dalam pelbagai situasi jalan. Keyakinan membrek diserahkan kepada brek cakera 300mm (depan) dan 240mm (belakang) dengan  tangki minyak 15 liter yang mampu pergi sejauh 450km untuk sekali isian penuh.

GALERI
Bullet 350 Bullet 500 Butik Eksklusif Royal Enfield Pertama Malaysia Classic 350 Classic 500 RE Motorcycles Sdn Bhd Royal Enfield Royal Enfield Continental Royal Enfield Himalayan Rumbler 500
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026

    3 Comments

    1. Hamka Azmi on 03/06/2018 18:44

      Nice…good bike hopefully can enter sarawak.

      Reply
    2. Manimaran on 16/02/2020 12:36

      Really awesome… really super bike. Every time I went to india, my dream when I drive in malaysia. Now it’s good time to buy. Best wishes and congratulations to RE Motorcycles Sdn Bhd.

      Reply
    3. Suror on 30/07/2021 01:18

      Macam Mana cara untuk buat belian Royal Enfield Classic 350…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.