Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bugatti F.K.P. Hommage Diperkenal, Tribut Dr Ferdinand Karl Piëch dan Veyron
Roda4

Bugatti F.K.P. Hommage Diperkenal, Tribut Dr Ferdinand Karl Piëch dan Veyron

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

Bugatti F K P Hommage

DUA dekad lalu, Bugatti Veyron mengubah landskap automotif dunia. Dengan 1,001hp, kelajuan melebihi 400kmj dan tahap kemewahan yang belum pernah ditawarkan kereta prestasi tinggi, model itu mencipta kelas baharu iaitu Hyper-GT.

Kini, Bugatti memperkenalkan F.K.P. Hommage, iaitu model kedua dalam Programme Solitaire, sebagai tribut kepada Veyron dan tokoh yang mewujudkannya, Prof Dr Ferdinand Karl Piëch.

Warisan Enjin W16, Visi Ferdinand Piëch

Prof Dr Ferdinand Karl Piëch

Sejarah Veyron bermula daripada lakaran ringkas enjin W sentuhan Ferdinand Piëch ketika beliau berada di dalam kereta api laju di Jepun, di mana beliau membuat lakaran konfigurasi enjin revolusioner yang menjadi nadi kebangkitan semula Bugatti.

Sebagai Pengerusi Volkswagen Group ketika itu, Piëch membuktikan kebijaksanaan beliau melalui pembangunan seni bina enjin VR yang unik.

Bugatti F K P Hommage

Evolusi itu bermula enjin VR6, digunakan pada model Golf yang berkembang kepada enjin W8 dan W12 untuk Passat serta Bentley sebelum mencapai kemuncak melalui enjin W16 dengan empat pengecas turbo.

Enjin W16 adalah pencapaian kejuruteraan dari segi komponen pempakejan (packaging component).

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage

Melalui susunan silinder dalam konfigurasi pendek dan lebar, unit kuasa yang biasanya berukuran 1 meter panjang berjaya dimampatkan kepada 645mm saja. Kelebihan itu membolehkan Veyron memiliki jarak roda kompak, iaitu 2,700mm.

Kecemerlangan arkitektur itu digabungkan dengan konfigurasi pacuan semua roda (AWD) dan agihan berat yang hampir sempurna, sekali gus melahirkan kereta hiper ‘budiman’ dengan prestasi menggerunkan.

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage

Dibina berasaskan evolusi tertinggi platform W16, Bugatti F.K.P. Hommage menggunakan enjin berkuasa 1,600hp dengan empat pengecas turbo yang kali pertama diperkenalkan pada Chiron Super Sport, iaitu model yang memenuhi impian kelajuan Piëch dengan angka kelajuan 482kmj.

Ini kemuncak pembangunan W16 yang melibatkan penggunaan pengecas turbo lebih besar, sistem intercooler dipertingkat, sistem penyejukan dinaik taraf, dan transmisi diperkukuh untuk mengendalikan tork tinggi.

Evolusi Rekabentuk Bauhaus

Bugatti F K P Hommage

Direka Jozef Kabaň di bawah seliaan Hartmut Warkuß, Veyron menampilkan profil lebih landai ke belakang ketika kebanyakan supercar lain masih mengikut bentuk baji condong ke depan yang dipopularkan pereka Itali, Marcello Gandini.

Imej itu tampak eksklusif dan meyakinkan sebagai jentera berkuasa 1,000hp yang menampilkan ketenangan berbanding dramatik.

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage

Falsafah rekabentuk pula dipengaruhi gaya Bauhaus yang terbukti tidak ditelan zaman dan kekal relevan sehingga kini.

Bugatti F.K.P. Hommage direka dengan rekabentuk luaran mengalami evolusi teliti dan garis badan menurun dikekalkan, tetapi setiap permukaan diperhalusi semula.

Bugatti F K P Hommage

Gril ladam kuda tiga dimensi (3D) kini dihasilkan daripada blok aluminium padu yang bersambung secara organik dengan badan kereta. Selain itu kemasan warna badan kini lebih harmoni dengan susun atur panel dikemas kini.

Ventilator ambilan udara di depan dibesarkan untuk keperluan enjin, manakala salur udara ikonik di belakang kepala pemandu dikekalkan.

Teknologi Cat, Kemasan Luaran Canggih

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage

Bugatti F.K.P. Hommage menggunakan teknologi cat terkini yang jauh lebih canggih berbanding 20 tahun lalu.

Bahagian luaran menggunakan merah khas dengan teknik lapisan kompleks yang melibatkan lapisan perak berasaskan aluminium di bawah lapisan jernih warna merah. Teknik itu menghasilkan kesan kedalaman 3D yang sangat jelas.

Sebagai kontras, Bugatti menggunakan gentian karbon terdedah yang diberikan 10 peratus pigmen hitam pada lapisan jernih. Ini memberikan kesan visual dan tekstur lebih mewah berbanding penggunaan cat hitam biasa.

Ruang Dalaman, Kerjasama Eksklusif

Bugatti F K P Hommage

Ruang dalaman Bugatti F.K.P. Hommage mengalami perubahan besar berbanding model Bugatti moden lain. Ia dilengkapi stereng bulat dengan karakter Bauhaus dan konsol tengah dimesin daripada blok aluminium padu.

Penggunaan fabrik Custom Car Couture yang ditenun khas di Paris adalah kemajuan terbaharu dalam aspek personalisasi ruang dalaman yang sebelum ini hanya didominasi bahan kulit pada model Veyron asal.

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage

Satu lagi ciri paling menonjol pada papan pemuka ialah jam tangan Audemars Piguet Royal Oak Tourbillon bersaiz 41mm.

Jam itu dipasang atas permintaan pemilik mengikut spesifikasi Programme Solitaire yang diletakkan pada panel kemasan gilapan berpusing yang diilhamkan daripada kepala silinder enjin 8-silinder sebaris asal Ettore Bugatti.

Mekanisme jam tersebut berfungsi automatik melalui pergerakan kereta tanpa memerlukan sebarang sambungan elektrik.

Karya Seni Programme Solitaire

Logo Bugatti

Bugatti F.K.P. Hommage ialah karya seni kedua Programme Solitaire, juga inisiatif eksklusif Bugatti yang hanya menghasilkan dua karya agung tempahan khas dalam setahun.

Seperti projek Solitaire lain, model itu membayangkan semula rekabentuk badan dan perincian dalaman sepenuhnya bagi meraikan warisan Bugatti.

Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Bugatti F K P Hommage
Prof Dr Ferdinand Karl Piëch
Bugatti Bugatti F.K.P. Hommage Bugatti memperkenalkan F K P Hommage Ferdinand Karl Piëch Hyper-GT iaitu model kedua dalam Programme Solitaire Kini Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch Roda4 sebagai tribut kepada Veyron dan tokoh yang mewujudkannya
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.