Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bugatti Baby II Type 35 Centenary Edition, 6 Buah Sahaja, Maaf Semuanya Habis!
Auto Terkini

Bugatti Baby II Type 35 Centenary Edition, 6 Buah Sahaja, Maaf Semuanya Habis!

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BUGATTI Type 35 merupakan model ikonik dan bersejarah buat Bugatti. Bagi meraikan ulang tahun ke-100 penyertaan di dalam perlumbaan Grand Prix de Lyon, The Little Car Company menghasilkan enam buah Baby II Type 35 Centenary Edition.

Kenapa enam? Jumlah itu dipilih bagi menghargai enam buah kereta lumba Type 35 pada perlumbaan tahun 1924 tersebut.

Baby II Type 35 Centenary Edition dihasilkan dengan tangan oleh karyawan The Little Car Company di ibu pejabat mereka di Oxfordshire, United Kingdom.

Model dengan skala 75 peratus itu menggunakan badan aluminium, plet identiti daripada loyang dan warna Bleu de Lyon ala enam buah kereta lumba Type 35.

Baby II mempunyai tiga jenis model dan edisi terhad ini ini dibuat dari Pur Sang Bugatti Baby II dengan motor elektrik 10 kilowatt (kW).

Setiap satu menggunakan nombor casis yang sepadan dengan kereta asal. Nombor pada radiator, tukup dan belakang kereta dicat dengan tangan.

The Little Car Company membangunkan Baby II Type 35 Centenary Edition dengan mengimbas kereta lumba Bugatti Grand Prix 1924 secara tiga dimensi (3D).

Berikut enam pelumba dan nombor kereta yang menyertai perlumbaan Grand Prix de Lyon 1924:

  • Leonico Garnier: 21.
  • Jean Chassagne: 7.
  • Pierre de Vizcaya: 18.
  • Meo Costantini: 22.
  • Ernest Friderich: 13.

Unit keenam iaitu prototaip asal disimpan oleh Ettore Bugatti. Jasa Type 35 pada Bugatti terhimpun melalui lebih 2,500 kemenangan dan podium dalam tempoh lebih 10 tahun dan menjadi kereta lumba paling berjaya dalam sejarah.

Bugatti Baby II dihasilkan sebagai penghargaan kepada Bugatti Baby tahun 1926 yang dibuat oleh Ettore dan anak beliau Jean sempena hari lahir keempat Roland, anak bongsu Ettore.

Rancangan untuk menghasilkan sebuah sahaja tidak menjadi setelah menerima maklum balas positif dari pelanggan yang melawat Molsheim. Baby II lama di pasaran iaitu dari 1927 sehingga 1936.

Artikel ini sekadar pemakluman bahawa terdapat enam buah Type 35 edisi khas kerana semuanya sudah habis dijual kepada pengumpul persendirian di serata dunia!

Bugatti Bugatti Baby II Bugatti Baby II Type 35 Bugatti Baby II Type 35 Centenary Edition The Little Car Company
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.