Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Bugatti Baby II – Kereta Replika untuk Si Kecil dengan Harga Premium, RM138k!
Aksesori

Bugatti Baby II – Kereta Replika untuk Si Kecil dengan Harga Premium, RM138k!

Abang HirataBy Abang Hirata25/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA ulang tahun Bugatti ke-110, pengeluar dari Perancis itu menghasilkan satu model unik, dinamakan Baby II. Model ini diperkenalkan dalam bentuk cetakan 3D pada Pameran Motor Geneva (GIMS) 2019, awal tahun ini. Apa yang istimewa, ini bukan model pengeluaran sebenar, tetapi khas untuk kanak-kanak.

Walaupun cuma model replika untuk si kecil, tetapi semua 500 unit edisi terhad itu habis dijual dalam masa tiga minggu sahaja. Bagi menghasilkan Baby II, Bugatti bekerjasama dengan The Little Car Company di Britain. Tempoh pembangunan pula memakan masa berbulan-bulan lama dan sekarang barulah siap prototaip XP1 yang sedia dipandu uji di Molsheim, Perancis.

BACA >>> Rolls-Royce Bina Kereta Mainan Elektrik untuk Hiburkan Kanak-Kanak Sakit di Hospital

Baby II dibina mengikut model Bugatti Type 35. Asal sejarah model Baby dibina pengasas jenama itu, Ettore Bugatti dan anak sulungnya Jean sebagai hadiah kepada anak bongsu, Roland sempena hari kelahiran ke-4 pada 1926.

Ia dibina mengikut skala 75 peratus mengikut saiz sebenar Type 35 dan orang dewasa pun boleh memandunya. Model replika ini dipacu enjin elektrik dengan pacuan roda belakang (RWD).

TENTANG BUGATTI BABY II

  • Berukuran 2.8 meter panjang dan 1 meter lebar. Berat tanpa pemandu bermula 230kg.
  • Menggunakan trenkuasa elektrik dengan bateri litium-ion dan teknologi brek regeneratif.
  • Ada dua mod pemanduan: kanak-kanak dan dewasa.
  • Mod kanak-kanak berkuasa 1kW dengan halaju maksimum 20kmj, manakala mod dewasa berkuasa 4kW dengan halaju maksimum 45kmj.
  • Dipakejkan dua bateri saiz berbeza dan boleh tanggal. Bateri standard berkuasa 1.4 kWh dan 2.8 kWh dengan jarak pemanduan lebih 30km.
  • Ada fungsi Speed Key jika mahu lebih keseronokan. Punat ini sama seperti Chiron yang berfungsi meningkatkan kuasa hingga 10kW dengan menyahfungsi pengehad kelajuan.
  • Supaya pemanduan lebih stabil, roda belakang dilengkapkan ciri diferensial gelincir terhad (LSD).
  • Rim lapan rongga adalah mengikut rekabentuk asal Type35 dan dipadankan tayar Michelin.
  • Ruang kabin tersedia spidometer, indikator bateri dan meter kuasa yang kali pertama digunakan pada Veyron.
  • Mempunyai komponen sama seperti kereta sebenar seperti hon, cermin pandang belakang, brek tangan dan lampu utama.
  • Dilengkapi alat kawalan jauh yang boleh menyahaktif kereta dari jarak 50 meter sekiranya pemandu cilik hilang kawalan.
  • Logo Macaron Bugatti diperbuat daripada material perak padu 50 gram, sama seperti Chiron.
  • Warna standard French Racing Blue dengan interior kulit hitam. Pembeli turut ditawarkan pilihan warna solid seperti Chiron.

Ada tiga pilihan varian Baby II ditawarkan, iaitu:

  • Baby II dengan badan komposit.
  • Baby II Vitesse dengan badan gentian karbon dan Speed Key.
  • Baby II Pur Sang dengan badan buatan tangan daripada aluminium dan Speed Key.

Walaupun semua 500 unit Baby II sudah habis dijual, Bugatti masih menawarkan slot simpanan sekiranya ada pembeli menarik diri. Harga Baby II bermula €30,000 (RM138,670) dan pengeluaran dijadualkan bermula awal tahun depan. Semua unit akan dikeluarkan pada 2020 dan 2021.

BACA >>> LEGO Bugatti Chiron Saiz Sebenar Ini Memang Boleh Dipandu – 5.3hp, 92Nm

GALERI
aksesori autotainment Bugatti Bugatti Baby II Bugatti Type 35 Ettore Bugatti Jean Bugatti Roda4 Roland Bugatti The Little Car Company
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.