Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BSH Perbaharui Honda RS-X (2023) dengan Grafik Lebih Segar, Sporty! Harga Mula RM9.6k
Roda2

BSH Perbaharui Honda RS-X (2023) dengan Grafik Lebih Segar, Sporty! Harga Mula RM9.6k

AryonBy Aryon13/10/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan kemas kini warna baharu supermoped Honda RS-X (2023).

Sejak diperkenalkan pada 2021, Honda RS-X meraih populariti dalam kalangan penunggang Malaysia yang menghargai padanan sempurna gaya sporty, prestasi unggul dan ciri termaju ditawarkan.

BACA >>> Honda Wave RSX Fi 110 (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.9k!
BACA >>> Honda RS-X Repsol Edition (2022) Kini di Malaysia, Terhad 5,000 Unit, Harga RM9.9k!

Honda RS-X (2023) hadir dengan rekaan grafik moden yang lebih menonjol sekaligus akan membawa keseronokan kepada penunggang. Rekabentuk baharu ini bukan saja memberikan penampilan lebih segar, tetapi juga kombinasi sporty yang menarik.

Supermoped edisi 2023 itu ditawarkan dalam dua pilihan grafik baharu, Lemon Ice Yellow (kuning) dan Candy Caribbean Blue Sea (biru), serta penampilan segar Trico Edition dengan rim emas.

Dekal sisi badan Lemon Ice Yellow menampilkan strip jingga menyerlah dengan gabungan teks hitam tebal dan logo latar belakang putih. Varian Candy Caribbean Blue Sea pula hadir dengan campuran kelabu-hitam pada sisi badan.

Trico Edition pula menyerlah dengan DNA sportbike CBRmenerusi campuran tiga warna ikonik: merah, biru dan putih dengan rim emas yang memberikan penampilan baharu yang lain daripa lain.

Lemon Ice Yellow (kuning)
Candy Caribbean Blue Sea (biru)

Berikut spesifikasi Honda R-SX (2023):

  • Dijana enjin 4-lejang 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api berkuasa 15.8hp (11.8kW) @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm.
  • Sistem transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi fork teleskopik  (depan) dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan cakera tunggal di belakang.
  • Rim 17 inci dengan tayar 90/80 (depan), dan 120/70 (belakang).
  • Kapasiti tangki petrol 4.5 liter.
  • Tinggi pelana 795mm, jarak tinggi bumi 148mm dan berat kerb 122kg.

Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue berharga RM9,698, manakala Trico Edition berharga RM9,748 yang boleh didapati di semua pengedar sah BSH seluruh Malaysia menjelang 4 Januari 2023.

Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu). Maklumat lanjut boleh kunjungi pengedar BSH terdekat atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my.

BACA >>> HLYM Umum Tiga Warna Baharu Supermoped Yamaha Y16ZR (2022), Harga Naik RM230!
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!

Candy Caribbean Blue Sea (biru)
Lemon Ice Yellow (kuning)
Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda RS-X (2023) Kapcai roda2 Supermoped
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Siti Noor Shazliana on 07/10/2024 11:39

      can i get specifikasi for RXS Honda?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.