Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BSH Lancar Honda Vario 125 (2023), Harga RM7k!
Auto Terkini

BSH Lancar Honda Vario 125 (2023), Harga RM7k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BOON Siew Honda (BSH) melancarkan skuter sporty baharu dengan kapasiti enjin yang lebih kecil, Honda Vario 125 secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM7,080 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Pelancaran Vario 125 ini dibuat ketika Pusingan 2 Petronas Malaysian Grand Prix yang berlangsung di Dataran Sri Jempol hari ini dan ketibaan model ini menjadi jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik yang menawaekan ciri moden seperti skuter premium.

Berikut merupakan Ciri utama Honda Vario 125:

Honda Vario 125 menggunakan enjin 124.9cc 4 lejang sejukan cecair menghasilkan 11.4hp (8.55kW) @ 8,500rpm dan tork 11.74Nm dengan Enhanced Smart Power (eSP) yang memastikan kuasa optimum di jalan raya dan Idling Stop System (ISS) yang menjimatkan minyak.

Honda Vario 125 turut menerima sistem Honda SMART Key yang mempunyai Sistem Penggera Anti-kecurian untuk keselamatan tambahan serta sistem jawab balik, iaitu ciri untuk mengesan kedudukan motosikal apabila ditinggalkan di kawasan parkir dan pemilik akan dimaklumkan jika fungsi immobilizer dihidupkan.

Selain itu, Honda Vario 125 turut menerima pengecas USB dalam kotak konsol dan dua ruang kotak terbuka yang boleh memuatkan botol air dan barangan kecil lain seperti sarung tangan.

Honda Vario 125 turut menerima ruang simpanan berkapasiti 18-liter di bawah tempat duduk untuk kemudahan penunggang, iaitu ruang simpanan terbesar dalam kategori 125cc.

Bahagian reka bentuk Honda Vario 125 dilengkapi lampu LED keseluruhannya, panel digital sepenuhnya yang bersifat moden dan memaparkan semua maklumat yang diperlukan dengan jelas.

Rim 14 inci baharu Vario 125 ini dibalut dengan tayar dyang boleh tahan juga lebarnya, dengan 100/80-14 di belakang dan 90/80-14 di depan, sesuai dengan reka bentuknya.

Honda Vario 125 ditawarkan dalam 3 pilihan warna seperti merah, biru dan kuning dan model ini boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula 14 Mac 2023.

BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?
BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?

Boon Siew Honda (BSH) ESP Honda Honda SMART key Honda Vario 125 skuter sporty Vario
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.