Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BSH Bakal Lancar Model Baharu, Honda Winner X atau…
Auto Terkini

BSH Bakal Lancar Model Baharu, Honda Winner X atau…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) memuat naik satu foto acah menunjukkan model motosikal baharu yang akan dilancarkan pada 7 September ini (Selama), jam 8 malam.

Foto dikongsi itu menimbulkan teka teki yang cuba dijawab ramai peminat permotoran termasuk kami hingga meneroka beberapa pasaran Asean untuk merungkai persoalan, apakah model yang bakal diperkenalkan BSH itu?

Berdasarkan foto serba gelap itu, BSH cuma mendedahkan sebahagian kanan motosikal atau skuter dengan dua komponen utama yang paling kurang digunakan ramai penunggang. Apa lagi jika bukan cermin sisi dan lampu signal belok.

BACA >>> Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS
BACA >>> Honda Winner X (2021) Lancar di Maldives dengan Harga Kayangan, Mula RM23.3k!

Ramai menaruh harapan model itu ialah kapcai idaman, Winner X (gambar atas) yang sekian lama dinantikan bakal pembeli dan pengikut setia Honda. Ditambah harapan menggunung selepas melihat banyak foto ujian enduran kapcai misteri itu sebelum ini.

Berdasarkan tinjauan dan kajian dibuat, kami berpendapat itu ialah sportbike Honda CBR150R (2022) yang sudah menembusi pasaran Kemboja, bulan lalu. Ada sedikit perbezaan kosmetik, terutama lampu signal belok antara model Kemboja dan Thailand.

BACA >>> #Spyshot: RS150R (2021) V2 Sedang Diuji di Pulau Pinang?
BACA >>> Honda CBR150R Versi ABS (2021) di Kemboja

Teori itu diperkuat dengan rekabentuk cermin sisi yang nampak seperti dipasangkan pada visor angin dan bukan pada bar hendal. Batang cermin sisi itu pula lebih tebal berbanding apa digunakan Winner X di pasaran negara Asean lain.

Malah, lampu signal belok LED diposisikan lebih tinggi, dekat bar hendal, sekali gusa menguatkan keyakinan itu ialah CBR baharu sebagai pelengkap siri sport Honda. Jom teliti gambar di bawah ini pula:

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

Seingat kami, model dipasang lampu signal belok lebih tinggi ialah Honda ADV150. Lampu signal Winner X sebenarnya lebih rendah, berhampiran fork.

Foto acah itu juga menunjukkan visor angin rendah walaupun samar-samar yang nampak mirip CBR150R. Ini menguatkan jangkaan itu ialah model mirip versi Kemboja (bukan Thailand) yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia. Kedua-duanya ada perbezaan posisi lampu signal belok dan warna tuil brek depan serta klac.

Berikut spesifikasi Honda CBR150R ABS (2022) di Kemboja:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 16.8hp @ 9,000rpm dan tork 14.4Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan monoshock Prolink dengan swingarm di belakang.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal jenis petal 276mm (depan), dan 220mm (belakang).
  • Saiz tayar 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak 12 liter. Sistem lampu jenis LED, manakala panel meter jenis digital.

Andai kata ramalan ini benar, maksudnya penantian kapcai idaman akan berlanjutan. Jawapan sebenar akan diketahui pada malam hari pelancaran nanti.

Boon Siew Honda Foto Acah Honda CBR150R 2021 Malaysia Honda RS150R V3 roda2 Sportbike Honda 150cc teaser
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.