Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Brembo Perkenal SENSIFY, Sistem Brek Pintar yang Lebih Cekap, Selamat dan Lasak
Auto Terkini

Brembo Perkenal SENSIFY, Sistem Brek Pintar yang Lebih Cekap, Selamat dan Lasak

WahidBy Wahid01/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR brek automotif dari Itali, Brembo memperkenalkan sistem brek pintar, dinamakan SENSIFY, yang dilengkapi ciri kepintaran buatan (AI) dan aktuasi elektronik.

Seperti anda maklum, sistem brek cakera masa kini memerlukan cecair hidraulik (sering disebut sebagai ‘minyak brek’) yang dipam dari takungan ke piston kaliper brek.

BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

Bagaimanapun, sistem Brembo SENSIFY mengesan arus elektrik dari pedal ke unit kawalan elektronik (ECU) yang kemudian mengarahkan bahagian pam hidraulik untuk mengepam cecair hidraulik ke piston brek.

Menurut Brembo;

Dengan SENSIFY, sistem brek bukan lagi sistem yang dipengaruhi pelbagai bahagian, tetapi sistem lengkap yang mana AI dan perisian memainkan peranan aktif. Data dikumpul akan menambah baik pengalaman memandu dan membolehkan sistem berkenaan dikemas kini selalu.”

BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

Sistem Brembo SENSIFY juga dapat memaksimumkan keupayaan cas semula ketika membrek (braking regeneration), sekali gus dapat mengurangkan penggunaan bateri lebih besar dan berat, serta memberikan jarak perjalanan lebih jauh. Sistem brek pintar ini dijangka berada di pasaran bermula 2024.

Contoh lain, Mercedes-Benz pernah menggunakan sistem seperti itu, dipanggil Kawalan Brek Sensotronik (SBC), untuk E-Class W211 dan CLS C219 sekitar 2000-an dulu. Namun sistem dihasilkan Bosch tersebut berdepan isu ‘panggil balik’ (recall) sebanyak dua kali dan mendapat banyak keluhan pengguna.

Pemandu juga mendakwa kereta memerlukan jarak membrek lebih jauh apabila perisian sistem brek bermasalah. Ini kerana sistem berkenaan akan bertukar kepada sistem hidraulik sepenuhnya jika mengesan sebarang masalah. Mercedes-Benz akhirnya menghentikan penggunaan sistem itu bermula 2006.

Apapun, kita berharap sistem SENSIFY buatan Brembo ini berlainan, lebih baik dan lebih tahan lama.

BACA >>> Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

aksesori Auto Terkini brek Brembo SENSIFY Sistem Brek AI
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.