• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Brembo Perkenal SENSIFY, Sistem Brek Pintar yang Lebih Cekap, Selamat dan Lasak

Brembo Perkenal SENSIFY, Sistem Brek Pintar yang Lebih Cekap, Selamat dan Lasak

November 1, 2021 By Wahid Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR brek automotif dari Itali, Brembo memperkenalkan sistem brek pintar, dinamakan SENSIFY, yang dilengkapi ciri kepintaran buatan (AI) dan aktuasi elektronik.

Seperti anda maklum, sistem brek cakera masa kini memerlukan cecair hidraulik (sering disebut sebagai 'minyak brek') yang dipam dari takungan ke piston kaliper brek.

BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

Bagaimanapun, sistem Brembo SENSIFY mengesan arus elektrik dari pedal ke unit kawalan elektronik (ECU) yang kemudian mengarahkan bahagian pam hidraulik untuk mengepam cecair hidraulik ke piston brek.

Menurut Brembo;

Dengan SENSIFY, sistem brek bukan lagi sistem yang dipengaruhi pelbagai bahagian, tetapi sistem lengkap yang mana AI dan perisian memainkan peranan aktif. Data dikumpul akan menambah baik pengalaman memandu dan membolehkan sistem berkenaan dikemas kini selalu."

BACA >>> #TahukahAnda: Betul Ke Produk Brembo Mahal Sangat?

Sistem Brembo SENSIFY juga dapat memaksimumkan keupayaan cas semula ketika membrek (braking regeneration), sekali gus dapat mengurangkan penggunaan bateri lebih besar dan berat, serta memberikan jarak perjalanan lebih jauh. Sistem brek pintar ini dijangka berada di pasaran bermula 2024.

Contoh lain, Mercedes-Benz pernah menggunakan sistem seperti itu, dipanggil Kawalan Brek Sensotronik (SBC), untuk E-Class W211 dan CLS C219 sekitar 2000-an dulu. Namun sistem dihasilkan Bosch tersebut berdepan isu 'panggil balik' (recall) sebanyak dua kali dan mendapat banyak keluhan pengguna.

Pemandu juga mendakwa kereta memerlukan jarak membrek lebih jauh apabila perisian sistem brek bermasalah. Ini kerana sistem berkenaan akan bertukar kepada sistem hidraulik sepenuhnya jika mengesan sebarang masalah. Mercedes-Benz akhirnya menghentikan penggunaan sistem itu bermula 2006.

Apapun, kita berharap sistem SENSIFY buatan Brembo ini berlainan, lebih baik dan lebih tahan lama.

BACA >>> Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

Artikel Berkaitan

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, brek, Brembo SENSIFY, Sistem Brek AI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my