Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP
Auto Terkini

Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI persediaan menghadapi litar Red Bull Ring di GP Austria yang memerlukan pelumba banyak menggunakan brek pada Ogos ini, Brembo mencipta sistem ventilasi baharu untuk cakera karbon dan pad menggunakan cakera lebih besar, bersaiz 340mm. 

Sistem itu dinaik taraf dengan lubang kecil untuk menghasilkan pengudaraan supaya suhu tidak terlalu tinggi selain mengekalkan suhu maksimum pada julat 700-800ºC.

Pembangunan brek baharu Brembo itu bermula selepas pelumba Yamaha, Maverick Vinales terpaksa melompat dari jenteranya pada aksi di GP Styriam tahun lalu akibat masalah brek haus. Bendera merah (red flag) kemudian dinaikkan selepas jentera YZR-M1 itu terbakar.

BACA >>> Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh ‘Kong’

CAKERA BREK TERPAKAI PUNCA VINALES KEMALANGAN

Inilah rupa jentera Vinales yang terbakar musim lalu.

Walaupun Yamaha awalnya mendakwa kemalangan itu disebabkan kegagalan brek, siasatan lanjut menunjukkan Vinales menggunakan cakera 320mm dan bukan bersaiz 340mm seperti disarankan Brembo untuk trek Red Bull Ring. Pelumba Sepanyol itu juga didapati mengabaikan nasihat Brembo apabila menggunakan cakera brek yang sudah digunakan dan haus.

Bagaimanapun, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir yang juga menggunakan cakera lebih kecil pada aksi di litar tersebut tidak mengalami sebarang masalah.

Walaupun tidak bertanggungjawab dengan kemalangan menimpa Vinales, Brembo tetap membangunkan sistem brek baharu bagi meningkatkan keselamatan dalam litar mencabar seperti Red Bull Ring. Komponen baharu ini juga dijangka digunakan di Motegi (Jepun), Buriram (Thailand) dan Sepang (Malaysia) lewat musim ini.

Selepas sesi ujian di Catalunya minggu lalu, barisan pelumba diberikan peluang menguji sistem baharu tersebut dengan ramai memberikan maklum balas baik kepada pasukan jurutera Brembo.

BACA>>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!

BREMBO SASAR HASILKAN ROTOR CAKERA 360MM UNTUK 2022

Memandangkan kelajuan dan keperluan brek semakin bertambah dalam perlumbaan MotoGP, Brembo mensasarkan menghasilkan cakera lebih besar, bersaiz 360mm untuk musim depan.

Tambahan lagi rekaan tayar depan MotoGP musim ini mampu memuatkan saiz cakera sebesar itu, yang juga saiz paling maksimum.

BACA >>> Brembo Dedah Rahsia Kelasakan Pad Brek Karbon di MotoGP, Litar Le Mans
BACA >>> Brembo Perkenal Konsep Kaliper Brek Motosikal Bercahaya, Boleh Tukar Warna

SUMBER: Autosport.com

Austria Brembo Joan Mir Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP Red Bull Ring Styrian GP Suzuki Ecstar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Dengan Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Wang Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Auto Terkini

    PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.