Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Brazil Perkenal Yamaha NMAX Connected Mandalorian (2023), Harga RM18.4k!
Roda2

Brazil Perkenal Yamaha NMAX Connected Mandalorian (2023), Harga RM18.4k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Brazil (YMB) menawarkan satu lagi skuter edisi khas, Yamaha NMAX Connected ABS Mandalorian (2023) ke pasaran negara itu pada harga R$20,290 (RM18,420), dan hanya 400 unit ditawarkan.

Skuter warna Silver Beskar (coklat perak) itu menampilkan grafik badan istimewa daripada siri Star Wars: The Mandalorian yang menggunakan varian standard Yamaha NMAX 155 Connected sebagai asas.

Kata nama beskar untuk warna digunakan merujuk kepada logam yang sukar ditemui dan digunakan dalam pembuatan baju perisai pahlawan Mandalorian yang berwarna coklat.

Yamaha NMAX Connected ABS Mandalorian (2023) menerima dekal grafik badan dengan paparan kerjasama Star Wars | Yamaha, nama siri The Mandalorian dan slogan Mandalorian, ‘This is the way’.

Ini model keempat dilancarkan menerusi kerjasama unik Star Wars | Yamaha selepas Yamaha NMAX Galactic Empire dan Yamaha NMAX Rebel Alliance pada 2020 serta Yamaha XMAX Darth Vader pada 2022.

YMB juga pernah menawarkan koleksi produk siri Marvel seperti Spiderman, Thor, Black Panther,  Captain Marvel, Captain America dan Iron Man.

Yamaha NMAX Connected ABS Mandalorian (2023) dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 15.4hp @ 8,000rpm dan tork 13.7Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi automatik CVT.

Skuter ini dilengkapi ciri standard model asas seperti sistem mula-henti, sistem penghidup tanpa kunci, konektiviti Y-Connect dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

roda2 This is the way Y-Connect Yamaha Brazil Yamaha NMAX 155 Connected Yamaha NMAX Connected ABS Mandalorian (2023)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.