Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Brazil Lancar FZ25 Thor Limited Edition, Harga Mula RM17.8k!
Roda2

Yamaha Brazil Lancar FZ25 Thor Limited Edition, Harga Mula RM17.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Brazil tampil dengan satu lagi motosikal edisi terhad bertemakan adiwira Marvel, kali ini membabitkan model FZ25 dan Thor. Hanya 1,000 unit akan dihasilkan untuk pasaran negara itu.

FZ25 Thor (2023) itu adalah produk keenam yang terhasil menerusi kolaborasi antara Yamaha Brazil dan Marvel. Selain itu, Yamaha Brazil juga pernah muncul dengan dua model skuter edisi khas iaitu Star Wars dan Darth Vader.

Kerjasama Yamaha Brazil dan Marvel bermula dengan pengenalan tiga model pada tahun 2020 iaitu Captain America Lander, Black Panther dan Captain Marvel FZ 250.

Yamaha Brazil kemudian tampil dengan dua model edisi Marvel pada 2021 iaitu naked bike MT-03 Iron Man dan NMax 160 Spider-Man.

BACA >>> Yamaha India Perkenal FZ25 MotoGP Edition 2021, Harga Mula RM7.7k!

Apa Keistimewaan FZ25 Thor (2023):

  • Hadir dengan skim warna eksklusif merangkumi warna merah dan biru serta grafik inspirasi pakaian perisai God of Thunder.
  • Ada simbol dan teks (rune) raja-raja Asgard pada sisi fairing lampu utama yang membawa maksud Limited Edition (Edisi Terhad).

BACA >>> TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition Tampil Seragam Adiwira Marvel Avengers

  • Logo Yamaha dan Marvel dipapar pada sisi motosikal. Penukul Thor yang dipanggil Mjonir terpampang pada madgad depan.
  • Pelekat biru dikenakan pada rim hitam untuk menyerlahkan imej FZ25 Thor.

Berikut ialah perinciannya:

  • Harga bermula serendah 21,990 real Brazil (RM17,865) dengan jaminan pengilang selama 4 tahun!
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC 2-injap dengan teknologi suntikan bahan api dan sistem sejukan udara. Kuasa tork setinggi 21Nm @ 6,500rpm.
  • Boleh dipacu berasakan minyak petrol atau bahan api etanol. Output kuasa jika menggunakan minyak petrol ialah 21.3hp pada 8,000rpm (Etanol: 21.5hp).
  • Transmisi klac manual 5-kelajuan, klac basah multi-plet.
  • Sistem suspensi merangkumi fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal.
  • Sistem henti jenis cakera tunggal 282mm (depan), 220mm (belakang) beserta teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Casis jenis berlian, dilengkapi tangki minyak 14 liter dan memiliki berat bersih 149kg.
  • Tayar standard yang digunakan jenis Pirelli Sport Demon 100/80 (depan), 140/70 (belakang). Rim aloi 17 inci.

BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga
BACA >>> Menteri Wilayah: “Jumpa Jalan Berlubang, Call Saya”

SUMBER: Yamaha Brazil

Marvel Naked Bike 350cc roda2 Yamaha Brazil Yamaha FZ25 Thor (2023)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.