Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bos KAMAX: Malaysia Dapat Motosikal dengan Komponen Enjin Lebih Berkualiti
Auto Terkini

Bos KAMAX: Malaysia Dapat Motosikal dengan Komponen Enjin Lebih Berkualiti

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BIASANYA, pengeluar motosikal yang mahu meneroka kategori motosikal baru ‘berat mulut’ atau jarang mendedahkan pesaing mereka secara terbuka.

Lain pula cerita jenama KAMAX dari China ini. Mereka enggan berselindung dan secara terbuka menyatakan mahu ‘melawan’ model pesaing dari Jepun dan India.

Kenyataan itu keluar dari mulut Pengerusi KAMAX Group, Hu Wenbo ketika sesi tontonan model baharu KAMAX Cub X yang akan dibawa ke Malaysia pada suku ketiga nanti.

Penulis bersama rakan setugas, Sharil Tarmize diberi peluang menemu bual Wenbo untuk memperoleh maklumat tambahan di ibu pejabat KAMAX Group di Chongqing, China.

KAMAX memasuki pasaran Malaysia melalui KTNS Holdings dengan model sulung KAMAX Super Pro 125 pada Oktober lalu. Model kedua, KAMAX Cub X yang tergolong dalam segmen cub cross pula akan ditawarkan dengan kapasiti lebih besar, iaitu kelas 150cc menjelang Ogos nanti.

Mungkin ada berpendapat KAMAX meniru rekabentuk model popular Jepun, tetapi di China, KAMAX sudah memperoleh hak rekacipta motosikal itu dan di Malaysia, sudah ada pendaftaran dibuat dengan MyIPO.

Setahun Ujian Enduran

Mengulas mengenai siri Super Pro 125, Wenbo berkata, produk itu dipasarkan serentak di China (kapasiti 50cc dan 125cc) dan pasaran luar, termasuk Malaysia serta menerima respons positif.

Wenbo memaklumkan Super Pro sebenarnya sudah menjalani ujian enduran selama setahun dengan bantuan KTNS Holdings dan MForce Bike Holdings (MForce Bike) sebelum dilancarkan pada harga RM8,888.

Jelasnya, model diperkenalkan untuk pelanggan Malaysia berbeza dengan produk dijual di China yang mana beberapa komponen dalaman enjin ditukar kepada alat ganti berkualiti lebih tinggi, termasuk diimport dari negara maju seperti Jepun.

Ini kerana kondisi jalan raya Malaysia, faktor cuaca dan cara penggunaan motosikal diambil berat supaya Super Pro mampu memenuhi setiap jangkaan pengguna.

Antara komponen diubah atau berkualiti lebih tinggi ialah gegelung piston, fork, getah (oil seal), syaf dan klac. Jumlah eksport setahun untuk semua model KAMAX antara 100,000 unit hingga 150,000 unit setahun ke 45 pasaran asing.

Wenbo berkata;

Kekuatan (produk) kami membabitkan tiga aspek, iaitu teknologi dan inovasi yang membantu merapatkan jurang persaingan China-Jepun.

“Poin kedua adalah menaik taraf dengan teknologi pintar. Antaranya T-Box yang akan menyokong sistem navigasi dan konektiviti.

“Super Pro juga menggunakan 40 peratus komponen dari pembekal sama untuk Honda. Ini kerana 80 peratus komponen untuk Honda sebenarnya dibuat di China.”

Apabila ditanya mengenai pembekal enjin untuk produk KAMAX, Wenbo memaklumkan syarikatnya menerima trenkuasa dari tiga pembekal utama, iaitu Loncin, Zonsen dan YinXiang (Super Pro).

KAMAK Group pada peringkat awal menumpukan pembuatan produk segmen kapcai dan motosikal off-road hingga 450cc. Bagaimanapun, syarikat itu tidak melupakan segmen lain dan akan memperkenalkan barisan skuter dan kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat.

Produk Skuter Diperkenal September Ini

Jika rancangan berjalan lancar, KAMAX Group akan memperkenalkan produk skuter 125cc dan 150cc menjelang September nanti.

Menyentuh sedikit mengenai KAMAX Cub X yang akan diperkenalkan, Wenbo berkata,  Malaysia ialah negara kedua yang menawarkan produk itu selepas Rusia. Di Rusia, Cub X akan dijenamakan semula dengan menggunakan label JAWA Motor. Eksport pertama dijangka bermula bulan depan.

Maklumat lanjut mengenai produk KAMAX Group boleh layari laman web dan hebahan terkini di Facebook KAMAX Motor.

Auto Terkini Hu Wenbo KAMAX KTNS Holdings roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.