Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»BMW Vision Next 100 Beri Bayangan Kereta Konsep Masa Depan
Autotainment

BMW Vision Next 100 Beri Bayangan Kereta Konsep Masa Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

kereta-konsep-100-tahun
MASA kecil dahulu, anda mesti pernah terfikir banyak kereta berterbangan menjelang 2020 nanti. Namun, semakin meningkat dewasa, kita mula sedar agak mustahil merealisasikan bayangan tersebut. Tidak mengapa, walaupun mungkin tidak sehebat kereta terbang, tetapi idea kereta konsep BMW cukup menarik.

Sempena sambutan ulang tahun ke-100, BMW mempamerkan tiga kereta konsep baharu, BMW Vision Next 100, MINI Vision Next 100 dan Rolls-Royce Vision Next 100. Pameran tiga kenderaan konsep futuristik itu membayangkan bagaimana rupa kereta premium tersebut pada masa depan.

BMW VISION NEXT 100

bmw-vision-next-100

BMW Vision Next 100 ialah kereta konsep yang membayangkan bagaimana rupa dan gaya pemanduan masa depan. Dihasilkan daripada gentian karbon kitar semula dan material lain, coupe warna tembaga itu dapat memenuhi kemahuan pemandu yang sentiasa berubah. Menawarkan pengalaman pemanduan responsif dan pintar, pintu sayap kereta akan terbuka automatik apabila didekati tangan pemandu.

Apabila duduk, roda stereng direka seperti  yok atau hendal pesawat dengan logo BMW tertera yang perlu ditekan untuk menghidupkan kereta. Kenderaan ini diselia sistem keselamatan Alive Geometry dengan keupayaan memberi amaran kepada pemandu mengenai kondisi jalan raya, bahaya dan lalu lintas di hadapan. Paparan cermin depan multiwidget pula berfungsi memaparkan data penting dan kemungkinan bahaya bakal datang.

MINI VISION NEXT 200

mini-vision-next-100

Bagi model MINI, konsep rekabentuk menumpukan kepada aspek perkongsian kereta autonomi yang bukan pemilikan individu. Sebaliknya, kereta ini boleh digunakan sesiapa saja yang membayar akses kenderaan comel ini.

Aspek paling diberi keutamaan ialah keluasan maksimum. Dalam ruangan kabin, hanya diletakkan tempat duduk tanpa konsol tengah. Walaupun direka sebagai kereta autonomi, tetapi bagi mereka yang mahu memandu sendiri boleh menukar sistem menggunakan punat disediakan. Sebagai kereta perkongsian, MINI Vision Next 100 memiliki fungsi menukar warna bumbung dan pencahayaan dalaman bagi mewujudkan rasa selesa kepada pemandu mengikut cita rasa mereka.

ROLLS ROYCE VISION NEXT 100

Jika MINI direka untuk berkongsi, kenderaan Rolls-Royce Vision Next 100 pula dihasilkan dengan ciri kemewahan bayangan abad akan datang. Dibangunkan atas platform ringan kuasa elektrik yang menggunakan bahan komposit dan teknologi seperti percetakan 3D, BMW menghasilkan rekaan kereta itu mengikut kehendak pembeli.

Turut dikenali sebagai 103EX, model ini ialah kenderaan autonomi penuh. Jadi, tiada stereng, alatan atau tempat duduk pemandu konvensional. Sebaliknya, tempat duduk penumpang seperti set sofa di rumah.


Agak-agaknya kalau kenderaan konsep sebegini berjaya dibawa sampai peringkat pengeluaran, apakah anda mahu membelinya?

autotainment BMW kereta konsep 100 tahun kereta konsep masa depan Mini Rolls-Royce
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.