Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW S 1000 RR (2023) Masuk Malaysia, Ansuran Cuma RM1,578 Sebulan
Roda2

BMW S 1000 RR (2023) Masuk Malaysia, Ansuran Cuma RM1,578 Sebulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia mengumumkan ketibaan superbike BMW S 1000 RR (2023) ke pasaran tempatan dalam dua varian pilihan, Style Passion dan M Package.

Setiap varian didatangkan dengan satu pilihan warna, iaitu Racing Red (merah) untuk versi Style Passion dan Lightwhite (putih) untuk M Package. Berikut perincian superbike baharu itu:

VARIAN DAN HARGA

  • BMW S 1000 RR Style Passion – RM129,500
  • BMW S 1000 RR M Package – RM149,500

* Harga runcit atas jalan tanpa insurans

Setiap motosikal dipakejkan dengan waranti pengilang tiga tahun dan program bantuan jalanan.

ANSURAN BULANAN

Pelanggan yang mengambil pakej pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia boleh memiliki BMW S 1000 RR (2023) pada bayaran bulanan serendah RM1,578 sebulan (Style Passion).

Harga ansuran itu adalah anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun. Pelanggan juga akan menikmati tambahan faedah seperti inklusif minyak enjin premium dan servis serta lanjutan waranti.

TRENKUASA

BMW S 1000 RR (2023) dijana enjin lama jenis 4-silinder sebaris, tetapi dikemas kini untuk memberikan output kuasa 210hp @ 13,750rpm, meningkat 3hp daripada model terdahulu, manakala tork 113Nm @ 11,000rpm.

MOD TUNGGANG

Ada empat mod tunggangan untuk BMW S 1000 RR (2023) baharu ini: Rain, Road, Dynamic dan Race.

BANTUAN TUNGGANGAN

BMW S 1000 RR (2023) juga didatangkan dengan tambahan ciri bantuan tunggangan seperti berikut:

  • Kawalan Gelincir (Slide Control) dalam sistem Kawalan Traksi Dinamik (Dynamic Traction Control, DTC).
  • Bantuan Gelincir Brek (Brake Slide Assist, BSA) kini sebahagian ABS Pro (Sistem Brek Anti-Kunci).
  • BMW Motorrad Race ABS.
  • Kawalan Daki Bukit (HSC).
  • Bantuan Anjakan Shift Assist Pro.
  • Sistem lampu LED untuk lampu utama, lampu brek dan lampu signal belok.
  • Ciri log data lap M GPS Laptrigger.
  • Pakej Dynamic Package terdiri daripada Riding Mode Pro, HSC Pro, Kawalan Brek Dinamik (DBC), Kawalan Redam Dinamik (DDC), pemanas grip terotel dan Kawalan Jelajah.

BACA >>> BMW S 1000 RR (2019) Lancar di Sepang, Harga RM138k
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Dapat Liveri Baharu untuk BSB 2023, dan Model Awam

#NeverStopChallenging BMW Group Financial Services Malaysia BMW Motorrad Malaysia BMW S 1000 RR (2023) roda2 Superbike 1000cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.