Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Malaysia Tambah Dua Varian CKD, 530e M Sport dan 530i M Sport, Harga Mula RM343k
Roda4

BMW Malaysia Tambah Dua Varian CKD, 530e M Sport dan 530i M Sport, Harga Mula RM343k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia melengkapkan barisan 5 Series generasi ketujuh untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan dua varian baharu, 530e M Sport dan 530i M Sport.

Kedua-dua varian sedan eksekutif mewah itu dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) pada harga anggaran atas jalan termasuk cukai jalan dan perkhidmatan, tanpa insurans seperti berikut:

  • BMW 530e M Sport – RM343,000
  • BMW 530i M Sport – RM396,000
530e M Sport
530i M Sport

Berikut perincian dua varian berkenaan:

  • Kedua-dua varian ditawarkan dalam warna Alpine White (putih) atau Carbon Black (hitam) dengan tona kabin Black Leather Dakota atau Cognac Leather Dakota. Juga ada warna badan Phytonic Blue (biru), Sophisto Grey (kelabu) dan Bluestone (biru) dengan skema upholsteri Black Leather Dakota.
  • Dijana enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L TwinTurbo, manakala 530e M Sport menggunakan trenkuasa hibrid dengan tambahan motor elektrik BMW eDrive. Sistem transmisi jenis automatik 8-kelajuan Steptronic.
  • 530e M Sport mendapat kuasa menerusi gabungan kuasa dan tork enjin konvesional (292hp, 420Nm) dengan motor elektrik (109hp) untuk kelajuan maksimum ialah 235kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat.
  • Bantuan motor elektrik mampu menggerakkan 530e M Sport sejauh 67km menggunakan kuasa elektrik penuh, dan boleh dicas daripada stesen cas khas BMW i Wallbox yang mengambil masa 3 jam 35 minit, atau hampir 6 jam jika menggunakan soket rumah.
  • 530i M Sport pula menghasilkan kuasa 252hp dan tork 350Nm, dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.4 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj, kurang berkuasa daripada 530e M Sport.
  • Kedua-dua varian dilengkapkan pakej M Aerodynamics, dengan penampilan gril buah pinggang (kidney grill) lebih besar, lampu depan lebih tirus dan lampu siang (DRL) rekaan baharu.
  • 530e M Sport menggunakan lampu depan Adaptive LED Matrix, manakala 530i M Sport dipasangkan BMW Laserlight. Kedua-dua model disertakan ciri bantuan lampu suluh tinggi BMW Selective dengan ciri antisilau dan lampu signal belok, termasuk fungsi belokan adaptif. Buat kali pertama juga sumber pencahayaan lampu disepadukan pada lapisan luar perumah lampu untuk efek 3D.
  • Kedua-dua model menampilkan ciri kabin BMW Live Cockpit Professional dengan sistem operasi terbaharu BMW Operating System 7. Ciri kabin berteknologi ini menyediakan kemudahan navigasi, Bantuan Personal Pintar BMW, sambungan dua port USB, konektiviti 4G LTE dan fungsi Naik Taraf Perisian Kawalan Jauh.
  • Tidak dilupakan sistem hiburan dengan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci berwarna.
  • Penampilan lain sedan mewah ialah set bampar baharu dengan ventilator ambilan udara lebih besar, lampu belakang LED bentuk huruf L dan rim aloi ringan 19 inci jejari Y dwi-tona yang dibalut tayar jenis runflat.
  • Sistem menggunakan jenis adaptif (Adaptive Suspension), manakala sistem brek menggunakan unit brek dan kaliper M Sport.
  • Antara pakej keselamatan disediakan ialah Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Kawalan Traksi Dinamik (DTC), Kawalan Brek Belok (CBC), Kawalan Brek Dinamik (DBC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA).
  • 530e M Sport diberikan ciri keselamatan tambahan, iaitu bunyi khas melalui sistem pembesar suara yang akan berbunyi apabila mengesan kelibat pejalan kaki atau penunggang basikal. Ciri ini aktif jika memandu menggunakan kuasa elektrik penuh di bawah halaju 30kmj.
  • Kabin 530e M Sport dan 530i M Sport mengekalkan penggunaan material kulit M untuk kemasan upholsteri, pada stereng, kerusi dan panel pintu.

Jika berminat menempah model baharu ini boleh berkunjung ke  BMW Shop Online. BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan pelan pembiayaan ‘Balloon Financing Plan’ untuk kedua-dua varian, iaitu serendah RM3,808 sebulan (530e M Sport), atau RM4,398 sebulan (530i M Sport) berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

530e M Sport
530i M Sport
BMW 5 Series BMW 530e M Sport BMW 530i M Sport BMW Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.