Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoChina2026: BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290kmj!
Roda4

#AutoChina2026: BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290kmj!

Abang HirataBy Abang Hirata13/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026

SEMPENA ulang tahun ke-40 model ikonik, BMW memperkenalkan BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026 (BMW M3 Edition 40 Jahre), yang debut di Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2026.

Model itu ditawarkan dalam dua varian, sedan dan touring (wagon), dengan jumlah keseluruhan hanya 40 unit untuk pasaran China, yang masing-masing 20 unit setiap varian dan pelancaran pasaran dijadualkan penggal kedua 2026.

Model edisi khas itu dibangunkan berasaskan warisan perlumbaan dan DNA prestasi tinggi BMW M3 selama empat dekad yang mentakrifkan keseronokan pemanduan berkonsepkan man and machine as one.

40 Tahun Warisan Perlumbaan BMW M3

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026

Sejak diperkenalkan pada 1986, BMW M3 dibangunkan untuk memenuhi keperluan homologasi perlumbaan German Touring Car Masters (DTM).

Model itu dikenali dengan badan ringan, pengendalian tepat dan enjin aspirasi natural (NA) putaran tinggi, sekali gus membentuk asas DNA sebagai jentera yang dilahirkan untuk litar.

Sepanjang sejarah, BMW M3 mencatat pelbagai kejayaan di litar seluruh dunia dan terus mengukuhkan status sebagai penanda aras dalam prestasi pengendalian. Falsafah prestasi BMW M tidak hanya menumpukan kepada kelajuan, tetapi menekankan ketepatan, keseimbangan dan kawalan.

Setiap generasi BMW M3 dibangunkan dengan pendekatan menyeluruh melibatkan trenkuasa, struktur casis dan sistem kawalan elektronik, melalui ujian litar ketat serta talaan terperinci bagi mencapai keseimbangan antara pemanduan harian dan prestasi ekstrem.

Selepas 40 tahun evolusi, model berkenaan kekal sebagai antara sedan sport paling ikonik dalam segmen.

Gayaan Eksklusif Edisi Terhad

Bagi edisi ulang tahun ke-40 ini, kedua-dua varian menampilkan elemen rekabentuk eksklusif yang diilhamkan daripada model klasik BMW M, dan digabungkan dengan pendekatan moden.

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026

Varian sedan hadir dengan kemasan warna Laguna Seca Blue (biru), dan dipadankan rim 826M 19/20 inci hitam serta kaliper brek prestasi M biru, yang menonjolkan imej sport dinamik.

BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026

Varian touring pula menggunakan warna Wildberry Red (merah), dan digabungkan rim 826M warna Crimson Copper (tembaga) saiz 19/20 inci serta kaliper brek prestasi M merah, sekali gus menghasilkan kontras visual lebih menonjol.

Kedua-dua model menampilkan kemasan luaran hitam, seperti pada gril ginjal berbingkai hitam yang diperkenalkan buat kali pertama untuk edisi terhad, dan lampu depan jenis smoked.

Elemen eksklusif turut diterapkan melalui lencana 40th Anniversary Limited Edition pada bumbung, sil pintu, penyandar kepala kerusi depan dan pemegang cawan tengah.

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026

Di ruang kabin, kedua-dua model dilengkapi kerusi buket gentian karbon BMW M dengan balutan kulit Merino dalam gabungan Silverstone White (putih) dan hitam.

Varian sedan menampilkan sulaman Arctic Blue (biru), manakala touring menggunakan jahitan Amethyst (ungu) bagi membezakan identiti setiap model.

Stereng multifungsi BMW M balutan Alcantara dengan fungsi pemanas turut disediakan sebagai standard, yang menawarkan cengkaman lebih baik tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan harian.

Trenkuasa, Prestasi

Logo BMW M3

Kedua-dua varian BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026 dilengkapi enjin 6-silinder sebaris 3.0L Twin-Turbo, iaitu turbo prestasi tinggi eksklusif M, dan dipadankan sistem pacuan semua roda pintar (AWD) M xDrive.

Gabungan itu memastikan keseimbangan antara prestasi berkuasa, cengkaman optimum dan pengendalian tepat, selari falsafah ‘man and machine as one’.

Model tersebut turut dilengkapi M Driving Mode sebagai standard, yang membolehkan tetapan dinamik dilaraskan mengikut keperluan pemanduan, sama ada pemanduan harian atau litar.

Kelajuan maksimum turut dipertingkatkan dengan angka berikut:

  • Sedan: 290kmj
  • Touring: 280kmj

BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026 dijadualkan dilancarkan di China pada penggal kedua 2026.

BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition Sedan 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Touring 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026
BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026
Auto China 2026 BMW BMW M3 BMW M3 40th Anniversary Limited Edition BMW M3 40th Anniversary Limited Edition 2026 BMW M3 Edition 40 Jahre Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
    Roda4

    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

    07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.