Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW M2 Competition Kini di Malaysia, Harga RM626k dan Bayar Bulanan Cuma RM7,158
Roda4

BMW M2 Competition Kini di Malaysia, Harga RM626k dan Bayar Bulanan Cuma RM7,158

Abang GYLBy Abang GYL04/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik kepada peminat kereta prestasi tinggi. BMW Malaysia baru saja memperkenalkan BMW M2 Competition, iaitu model yang dibina untuk keseronokan memandu buat mereka gemar beraksi di trek lumba.

Dibangunkan menerusi legasi BMW 2002 Turbo, BMW M2 Competition berjaya membuktikan kredibiliti di litar lumba dengan melengkapkan lap dengan catatan masa 7:54 minit di Litar Lumba Nurburgring Nordschleife.


Kami diberikan peluang melenjan BMW M2 Competition di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan memang diakui karakter dimiliki model ini memang mengujakan. Berikut beberapa fakta menarik tentang model prestasi ini:

  • Dipadankan enjin sebaris 6-silinder 3.0L M TwinPower Turbo Technology berkuasa 410hp (dipertingkat 40hp berbanding versi sedia ada) dan tork 550Nm (+85Nm).
  • Dibantu kotak gear M Double Clutch Transmission 7-kelajuan Drivelogic.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 4.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
  • Didatangkan sistem ekzos baharu versi kemas kini dengan empat paip dan peredam bunyi.
  • Walaupun bersaiz besar, kereta ini cuma bertambah 1.5kg daripada berat keseluruhan, 1,575kg.
  • Menggunakan set rim aloi ringan ‘M’ 19-inci dengan gaya double-spoke 437 M.
  • Ada 4 warna: Alpine White (putih), Black Sapphire Metallic (hitam), Long Beach Blue Metallic (biru) dan Hockenheim Silver Metallic (perak).
  • Berharga RM626,800, tanpa insurans.
  • Dengan skim ‘Balloon Financing Plan’, bayaran ansuran bulanan bermula RM7,158 (berdasarkan anggaran pinjaman\ 80 peratus untuk tempoh 5 tahun).
  • Waranti diberikan 5 tahun tanpa had perbatuan dengan Bantuan Jalanan dan Hotline Kemalangan daripada BMW.

Nak tahu macam mana BMW M2 Competition beraksi di trek? Jom saksikan video pandu uji dan pengalaman abang Gan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

GALERI
BMW M2 Competition
2019 BMW M2 Competition BMW M2 Competition BMW M2 Competition Malaysia enjin BMW M2 Competition gambar BMW M2 Competition harga BMW M2 Competition interior BMW M2 Competition Litar Sepang pandu uji BMW M2 Competition
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.