Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW i4 eDrive35 M Sport Lancar di Malaysia, Harga Mula RM294k
Roda4

BMW i4 eDrive35 M Sport Lancar di Malaysia, Harga Mula RM294k

SyafieBy Syafie17/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELAIN mempamerkan BMW 530i M Sport versi pemasangan tempatan (CKD), BMW Malaysia juga secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV), BMW i4 eDrive35 M Sport pada harga RM294,800, atau RM315,600 jika termasuk pakej BMW Service Inclusive.

BMW i4 eDrive35 M Sport juga menampilkan rekabentuk sporty dan futuristik dengan pembaharuan pada gril ginjal (kidney grille) yang kini lebih moden dan menyerlah.

Apa menarik tentang BMW i4 eDrive35 M Sport?

  • Tayar aerodinamik M 19 inci dengan rekaan bicolour menambah penampilan dinamik, manakala lampu depan LED Adaptif yang diperbaharui mencipta efek visual tajam yang meningkatkan aspek keselamatan.
  • Teknologi laser kini turut diterapkan pada lampu belakang bagi menambah elemen premium pada keseluruhan rekabentuk.
  • Penampilan keseluruhan diseimbang dengan elemen biru dan ciri aerodinamik untuk kesan agresif dan elegan.

  • Kabin BMW i4 eDrive35 M Sport dipenuhi teknologi moden dan kemewahan menerusi stereng sport dengan rekaan tiga jejari dan indikator jam 12 untuk fungsi dan estetika tambahan.
  • Papan pemuka lengkung BMW berorientasikan pemandu menggabungkan dua unit skrin 12.3 inci dan 14.9 inci untuk pengalaman visual lancar.
  • Pencahayaan ambien boleh disesuaikan dengan sembilan warna pilihan warna untuk suasana kabin mewah dan ceria.
  • Material kerusi PerformTex M yang mesra alam menawarkan keselesaan dan keanggunan.
  • Emisi karbon dioksida (CO) dikurangkan 34kg berbanding material  tradisional.

Trenkuasa

  • BMW eDrive generasi kelima
  • Menghasilkan output kuasa 210kW (286hp) dan tork 400Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.0 saat
  • Kelajuan maksimum 190kmj
  • Jarak WLTP hingga 500km

Sistem Pengecasan

  • Pengecasan pantas (DC) hingga 180kW, (cas 0-80 peratus mengambil masa 32 minit)
  • Pengecasan AC hingga 11kW (cas penuh dalam tujuh jam)
  • Peta Navigasi BMW untuk perancangan laluan pengecasan

Pengendalian dan Suspensi

  • Sistem Stereng: Responsif dan tepat dengan pelarasan dinamik
  • Suspensi: Pelarasan sporty dengan kestabilan tinggi
  • Pusat graviti rendah untuk pengendalian yang lebih baik

Sistem Bantuan Pemandu

  • Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi henti-gerak Stop & Go
  • Bantuan Proksimiti
  • Bantuan Parkir Plus (pandangan panoramik dan 3D)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kamera 360º

Rekabentuk dan Komponen M Performance

  • Pilihan komponen M Performance untuk penampilan lebih sporty dan peribadi.
  • Ada empat  warna pilihan Cape York Green (hijau), Fire Red (merah), Alpine White (putih), dan M Portimao Blue (biru).

Konektiviti dan Teknologi

  • Sistem Operasi (OS) BMW iDrive 8
  • Integrasi Apple CarPlay dan Android Auto
  • Aplikasi My BMW App untuk kawalan jarak jauh dan pengecasan
  • Ciri keselamatan seperti panggilan kecemasan pintar dan perkhidmatan telekhidmat
Auto Terkini BMW i4 eDrive35 M Sport BMW Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.