Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Concept Touring Coupé (2023) Kereta Cantik yang Tiada Unit Kedua!
Roda4

BMW Concept Touring Coupé (2023) Kereta Cantik yang Tiada Unit Kedua!

Abang HirataBy Abang Hirata12/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKALI-sekala pengeluar kereta akan menghasilkan model yang menggetarkan jiwa, tetapi dalam seunit sahaja atau sebagai konsep.

Tanpa perlu menunggu pengeluar ternama, Proton sendiri pernah mempamerkan Satria Cabriolet nun jauh di Pameran Motor Frankfurt, Jerman pada 1997.

Walaupun Satria Cabriolet (foto atas) tidak dikeluarkan secara rasmi, Proton turut menawarkan projek ‘gila’ lain seperti Saga Limousine, Wira Limousine, Waja Chancellor dan Waja Limousine. Selain itu, ketiga-tiga generasi Perdana turut ada versi limosin.

Ini pula projek one-off dari Jerman, iaitu BMW Concept Touring Coupé (2023) yang mengingatkan kita kepada BMW Z3 M Coupe yang juga dipanggil ‘clown shoe’.

Pada 2012, BMW pernah menampilkan model konsep Zagato Coupé (foto atas) yang dibina daripada Z4. Bezanya, Z3 M Coupe dijual kepada umum.

BMW Concept Touring Coupé (2023) dibina berasaskan Z4 yang diolah semula sebagai model shooting brake.

Walaupun dikaitkan beberapa contoh, BMW secara rasmi memaklumkan perkadaran model itu mengingatkan kepada BMW 328 Touring Coupé (foto atas) yang pernah memenangi perlumbaan enduran Mille Miglia pada 1940.

Fungsi konsep shooting brake adalah perakuan kepada siri BMW 02 Touring awal 70-an bagi membezakan ia dengan model sedan. Lebih jelas, logo atau tulisan dalam kabin dan belakang BMW Concept Touring Coupé dibuat seperti model ikonik tersebut.

Selain rekabentuk elegan dan menarik, model konsep berkenaan membawakan Hofmeister kink yang menonjol pada cermin sisi dan identiti tradisi BMW. Bahagian luaran menggunakan warna Sparkling Lario yang dibuat khas untuk model tersebut dengan aksen perak dan gangsa.

Gril ginjal BMW dibuat khas dengan palang vertikal, manakala rim aloi menggunakan saiz 20 inci di depan, dan 21 inci (belakang). Mengenai enjin, tidak diperincikan kecuali maklumat tentang enjin jenis 6-silinder sebaris.

Ruang kabin BMW Concept Touring Coupé (2023) juga tidak kurang hebat, mendapat sentuhan syarikat pereka perabot dari Itali, Poltrona Frau. Syarikat itu menggabungkan warna coklat gelap dan coklat lembut yang menyerlahkan suasana kemewahan.

BMW juga menggunakan khidmat syarikat kulit Schedoni dari Itali bagi menghasilkan set bagasi yang sepadan kereta.

BACA >>> BMW Panoramic Vision – Teknologi HUD Dipapar Sepanjang Cermin Depan
BACA >>> #PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!
BACA >>> BMW M Tukar Logo, Guna Lencana Klasik Sempena Aniversari ke-50

 

BMW BMW 328 Touring Coupé BMW Concept Touring Coupé BMW Concept Touring Coupé (2023) BMW Zagato Coupé Mille Miglia model konsep Proton Satria Cabriolet Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.