Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 3.0 CSL (2023) – Model Klasik Moden Sempena Rai Dunia Lumba, 50 Unit Sahaja!
Roda4

BMW 3.0 CSL (2023) – Model Klasik Moden Sempena Rai Dunia Lumba, 50 Unit Sahaja!

Abang HirataBy Abang Hirata30/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW
dan prestasi tidak dapat dipisahkan. Seperti biasa, pengeluar dari Jerman itu turut aktif dalam dunia perlumbaan.

Antara model lumba terkenal ialah BMW E9 3.0 CSL Batmobile yang dilengkapi fender depan dan belakang mengembang, sirip badan dan dua spoiler belakang.

BACA >>> BMW M Tukar Logo, Guna Lencana Klasik Sempena Aniversari ke-50

Terdahulu pada 1972, BMW memperkenalkan BMW 3.0 CSL untuk dijadikan jentera homologasi Kejuaraan Kereta Touring Eropah (ETCC) dengan 1,265 unit dihasilkan. Selain kit badan menonjol, kedua-dua kereta litar dan jalanan itu menarik perhatian dengan warna putih berserta jalur biru, ungu dan merah.

Akronim CSL dalam bahasa Jerman merujuk kepada ‘Coupé, Sport, Leichtbau’, atau ‘Coupe, Sport, Lightweight’\ dalam bahasa Inggeris.

Kini legenda kembali selepas BMW M GmbH mengumumkan penawaran 50 unit terhad BMW 3.0 CSL yang dibangunkan M4 sempena meraikan ulang tahun ke-50 pengenalan dan penglibatan pengeluar tersebut dalam dunia perlumbaan.

Sejarah Kejayaan BMW 3.0 CSL Klasik

  • Juara musim pertama penyertaan ETCC 1973.
  • Lima kali juara antara 1975 dan 1979.
  • Dipandu Toine Hezemans, Hans-Joachim Stuck, Chris Amon dan Niki Lauda.
  • Mencatat kemenangan pertama BMW di litar Amerika Syarikat pada 1975.

Trenkuasa

  • Enjin 6-silinder sebaris paling berkuasa untuk kereta jalanan BMW M, juga tradisi sama dimiliki trenkuasa CSL terdahulu berkuasa 206hp yang bukan saja untuk model 6-silinder, tetapi keseluruhan model massa BMW ketika itu.
  • Enjin M TwinPower Turbo pada  3.0 CSL baharu menawarkan kuasa 560hp dan tork 550Nm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan pacuan roda belakang (RWD) dan diferensial pada gandar Active M Differential.
  • Teknologi bantuan anjakan bagi mengelak gelinciran klac ketika menurunkan gear apabila membrek memasuki selekoh dan boleh dinyah aktif.

Pengendalian dan Pembrekan

  • Suspensi adaptif M.
  • Stereng elektromekanikal M Servotronic dengan nisbah variabel.
  • Kawalan Traksi M dengan pilihan had gelinciran roda 10-tahap.
  • Fungsi Kawalan Stabiliti Pemanduan boleh dimatikan melalui mod M Dynamic Mode.
  • Brek cakera seramik 400 x 38mm dengan, kaliper brek M 6-piston (depan), dan brek cakeran seramik 380 x 28mm dengan kaliper brek piston tunggal (belakang).
  • Ada dua karakteristik rasa pedal dengan lekuk boleh papar dan dipillih menerusi menu M Setup.

Panel Badan Karbon dan Berat Badan Ringan

  • Bumbung, bonet, penutup but, apron depan dan belakang, braket panel depan dan sisi belakang, skirt sisi, difuser belakang, sayap belakang dan spoiler dibuat daripada karbon.
  • Spoiler bumbung dibuat daripada plastik tetulang gentian karbon (CFRP).
  • Peredam bunyi daripada titanium dengan berat 4.3kg.
  • Penebat bunyi dikurangkan.

Dalaman

  • Kerusi belakang ditanggalkan untuk ruang simpanan dua helmet.
  • Kemasan CFRP pada panel pintu.
  • Kerusi buket M Carbon dengan balutan Alcantara dan tali keledar M.

Luaran

  • Fender mengembang yang menyimpan trek roda lebar.
  • Rim aloi tempa corak Y 20 inci (depan) dan 21 inci (belakang).
  • Tayar Michelin yang dibangunkan khas dengan nombor 50 pada dinding tayar.
  • Sayap belakang ala CSL Batmobile.
  • Warna putih Alpine White bukan metalik dengan grafik biru, ungu dan merah.
  • Gril ginjal (kidney frame) dalam warna satin aluminium.
  • Dua corong udara pada bampar, dan sirip pada fender seperti model terdahulu.

BACA >>> Tempahan BMW XM Dibuka, Harga Permulaan Serendah RM1.4j!
BACA >>> Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR

BMW BMW 3.0 CSL BMW E9 3.0 CSL Batmobile BMW M BMW M GmbH Kejuaraan Kereta Touring Eropah (ETCC) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.