Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»#BIMS2026: Mazda6e Tampil Kali Pertama, Bukan Mazda yang Anda Jangka
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: Mazda6e Tampil Kali Pertama, Bukan Mazda yang Anda Jangka

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mazda6e 2026

JENAMA automobil dari Jepun, Mazda akhirnya menunjukkan kesungguhan terhadap elektrifikasi menerusi kemunculan Mazda6e 2026 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026.

Dilihat lebih dekat di, sedan segmen-D itu menampilkan rekabentuk tajam, dengan praktikaliti gaya liftback tersembunyi.

Satu fakta sukar dielakkan, Mazda6e ada hubungan rapat dengan China yang berpotensi mengubah hala tuju jenama itu.

Akhirnya Mazda Benar-Benar Komited kepada EV?

Mazda6e 2026

Selama ini Mazda agak berhati-hati dalam dunia elektrifikasi. Falsafah Jinba Ittai, yang menekankan keseronokan pemanduan, sering menjadi fokus utama berbanding lonjakan teknologi.

Namun kemunculan Mazda6e 2026 memberi gambaran jenama asal Hiroshima itu kini mula serius memasuki era kenderaan elektrik (EV).

Mazda6e 2026
Mazda6e 2026

Apa yang menarik, model tersebut bukan sepenuhnya dibangunkan daripada kosong sebagai Mazda tulen. Di sebalik badan elegan itu, sedan saiz pertengahan itu berkongsi platform dengan Deepal L07 keluaran Changan Automobile.

Ini bermakna, asas platform, sistem bateri dan pakej EV utama datang daripada rakan kongsi China dengan Mazda melakukan talaan besar dari sudut rekabentuk dan identiti.

Rekabentuk Luaran Mazda, DNA Dalaman Berbeza

Mazda6e 2026
Mazda6e 2026

Secara visual, usaha Mazda memberikan identiti tersendiri memang jelas. Bahagian depan Mazda6e 2026 menerima fasia baharu dengan lampu LED tipis jenis terpisah, lampu siang (DRL) bahagian atas dan lampu utama disorok di bawah untuk imej moden serta premium.

Siluet lebih menarik kerana apa yang nampak seperti sedan sebenarnya ialah liftback 5-pintu dengan garis bumbung ala coupe.

Mazda6e 2026
Mazda6e 2026

Ini memberikan kelebihan praktikaliti dengan luas ruang but 453 liter, yang boleh diluaskan kepada 991 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Turut tersedia ruang simpanan bonet (frunk).

Kabin Sarat Teknologi

Mazda6e 2026

Di dalam kabin, Mazda6e 2026 tampil lebih futuristik berbanding model tradisional. Unit infotainmen 14.6 inci menjadi pusat kawalan hampir semua fungsi, yang dipadankan kluster instrumen digital 10.2 inci dan paparan dongak (HUD) realiti terimbuh (AR).

Mazda6e Eropah
Mazda6e Eropah

Kemasan dalaman masih mengekalkan sentuhan premium Mazda dengan material ala sued, permukaan lembut dan bumbung panoramik sebagai ciri standard.

Posisi tempat duduk belakang sedikit lebih tinggi kerana lantai yang dinaikkan untuk ruang pek bateri.

Prestasi EV Kompetitif

Mazda 6e 2026

Mazda6e 2026 menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 68.8kWh bersama motor elektrik pacuan roda belakang (RWD).

Output kuasa menjana 258hp dan tork 320Nm, manakala pecutan 0 – 100kmj sepantas 7.6 saat, sertajarak perjalanan sekitar 479km (WLTP), juga angka yang kompetitif dalam segmen berkenaan.

Aspek pengecasan menyokong pengecas pantas (DC) sehingga 165kW, untuk mengecas bateri 10 – 80 peratus sepantas 24 minit.

Petunjuk Strategi Baharu Mazda

Mazda6e 2026

Bukan sekadar sebuah model, Mazda6e 2026 dilihat sebagai simbol strategi baharu Mazda yang semakin terbuka kepada kerjasama teknologi.

Selepas beberapa model meminjam teknologi rakan kongsi, Mazda6e memberi bayangan masa depan EV Mazda mungkin banyak bergantung kepada kolaborasi strategik sambil mengekalkan karakter pemanduan yang sinonim dengan jenama itu.

Bagi pasaran Asia Tenggara, kemunculan model itu di BIMS 2026 menunjukkan Thailand semakin penting sebagai hab elektrifikasi serantau.

Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda6e 2026
Mazda 6e 2026
Bangkok International Motor Show 2026 BIMS 2026 Changan Automobile electric car electric mazda Hatchback car hatchback electric Mazda ev Mazda6E 2026 Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.